Politik

DAP jangan nak ‘play victim’ – Lian Ker

DAP terlebih dahulu menhina MCA menjadi anjing suruhan’ UMNO sebelum ini

KUALA LUMPUR 12 Sept – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa DAP ‘bertaubat’ dan meminta maaf kerana pernah melabelkan MCA sebagai ‘anjing suruhan’ UMNO sebelum ini.

Menurut beliau, DAP berasa terhina apabila diberi gelaran yang serupa oleh Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tetapi kata Lian Ker, penghinaan yang dilakukan oleh DAP terhadap MCA sudah lama berlaku, sejak era Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lagi.

“DAP kini bersikap seperti mereka menjadi mangsa dan berasa terhina apabila diberi gelaran yang buruk.

“Daripada meminta Syed Saddiq menarik balik kenyataannya, DAP patut bertaubat terlebih dahulu dengan meminta maaf kepada MCA atas penghinaan yang dilakukan selama bertahun-tahun sebagai teladan kepada Syed Saddiq,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang kesal dengan tindakan Syed Saddiq menggelarkan DAP sebagai ‘anjing suruhan’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Syahredzan dalam ciapan Twitter Jumaat lalu mengakui bahawa ada pemimpin partinya yang pernah menggunakan gelaran serupa terhadap pihak lain dan kini beliau berasa tersinggung apabila DAP pula dilabel sebagai ‘anjing suruhan’.

Sebelum itu, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut memberi gelaran yang serupa terhadap DAP apabila mengkritik parti berkenaan.

Syed Saddiq dan Khairy membuat kenyataan itu apabila pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu.

Lian Ker turut mengingatkan DAP bahawa pemimpin-pemimpinnya pernah memberi gelaran yang buruk seperti ‘Indon’, dan kleptokrat terhadap Ahmad Zahid ketika berkempen menjelang pilihan raya.

Beliau mendakwa, mereka berbuat demikian bagi menyeru rakyat agar tidak mengundi MCA dan Khairy.

“Mereka secara tidak langsung meyatakan bahawa satu undi kepada MCA dan Khairy adalah satu undi kepada ‘warga Indonesia’ yang dipercayai merujuk kepada Ahmad Zahid.

“Serangan dan penghinaan ini sangat berkesan terhadap lawan-lawan mereka,” jelasnya.

Li Ker berkata, DAP kini mengubah serangan mereka terhadap Pas dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan menggunakan kaedah yang sama seperti dilakukan ke atas UMNO dahulu. – Xklusif

 

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button