‘Datuk’ jadi dalang sindiket dadah terbesar di Sabah bakal didakwa
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan terhadap sindiket itu sudah selesai
KUALA LUMPUR 19 Jan – Anggota sindiket dadah terbesar di Sabah termasuk ahli perniagaan dan penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergelar Datuk, akan dituduh dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan terhadap sindiket itu sudah selesai.
Katanya, pihaknya juga sudah mendapat arahan untuk menuduh suspek.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan tuduh mereka dalam masa terdekat ini.
Terdahulu media melaporkan seorang lelaki tempatan bergelar Datuk ditahan selepas disyaki ‘jerung dadah’ terbesar yang berpangkalan di Sabah ditahan bersama sembilan konco-konconya.
Suspek yang juga penaung kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) didapati mempunyai kekayaan luar biasa hasil aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015.
Pada 29 Disember lalu, polis menahan seorang pegawai agensi penguatkuasa dipercayai berperanan sebagai transporter bagi sindiket dadah terbesar di Sabah. – Xklusif