Berita

DBKL diingatkan jangan tangguh projek kerana pegawai cuti

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diingatkan supaya tidak melengahkan sebarang pelaksanaan projek pembangunan di ibu negara yang sudah diputus dan diluluskan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, tindakan melengahkan pelaksanaan projek sedemikian akan memberi kesan dan kesukaran kepada pelbagai pihak, apatah lagi jika ia membabitkan kepentingan pelabur dan masyarakat.

“Sebab itu kita putuskan tadi, selepas dua minggu, laporan mesti sampai untuk dibentang (status) pelaksanaan (projek pembangunan) yang sudah diputuskan tadi.

“Kalau tidak, nanti pihak pengurusan tangguh sampai tahun depan kerana katanya bulan Disember ini bulan yang separuhnya cuti. Cuti-cuti juga, tapi dalam Disember itu mesti ada laporan berkala,” katanya berucap melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 di sini hari ini.

Turut sama hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh serta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button