Deklarasi Beijing bukti usaha Hamas dan Fatah memperkukuh perpaduan bina semula Palestin – Ismail Sabri

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuji dan menghargai kerajaan China yang berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah bersama 12 kelompok Palestin telah kembali bersatu dengan berikrar untuk menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan.
Deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh kumpulan-kumpulan tersebut semalam merupakan langkah penting dalam membuktikan kesatuan mereka dan kesediaan untuk bersama-sama membina semula Palestin selepas diceroboh dan dijajah oleh Israel.
Ismail Sabri juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada China atas usaha mereka dalam mendamaikan fraksi-fraksi Palestin, yang secara tidak langsung menamatkan usaha pihak tertentu untuk memecah belahkan rakyat Palestin.

“Usaha ini harus diikuti oleh seluruh dunia, bukan hanya mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tetapi juga bersama-sama berusaha menamatkan penghapusan etnik dan kezaliman yang paling dahsyat pada abad ini,” katanya.
Ismail berharap agar perdamaian ini dapat diterjemahkan ke dalam tindakan nyata dan bukan hanya di atas kertas. “Palestin mesti bebas dan merdeka!” tegas beliau.
Kenyataan ini menunjukkan harapan yang tinggi untuk masa depan Palestin dan keinginan untuk melihat perpaduan yang sebenar di kalangan rakyat Palestin demi mencapai kemerdekaan dan keadilan.
View this post on Instagram