Most Read

Akaun Bolt digodam, RM54.86 juta lesap

#usainbolet #dunia #godam | Author : Nur Lela

TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim

#tmj #padang #bola | Author : Nur Lela

Rasmi: Ronaldo tandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr

#ronaldo #MU #alnassr | Author : Isz Yusliza

Lagenda Brazil, Pele meninggal dunia

#pele #meninggaldunia #pialadunia | Author : Nur Lela

Keluarga berkumpul, kesihatan Pele semakin merosot

#pele #bolasepak #brazil | Author : Nur Lela

Salt Bae kena 'Banned' dengan FIFA

#FIFA #saltbae #pialadunia | Author : Nur Lela

Sukan

Tiba di Arab Saudi, Ronaldo disambut meriah bak bintang pop

Isz Yusliza

Published: Jan 4, 2023 12:41 pm . Updated:3:42 am

RIYADH, Jan 4 - - Bintang bolasepak dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya diperkenalkan oleh Al Nassr di Stadium Mrsool Park, hari ini dengan sambutan yang sangat meriah oleh peminatnya di negara itu.

 

Mantan pemain Manchester United tersebut kini telah berada di Arab Saudi untuk melakukan debut perdananya dengan pasukan yang terkenal dengan gelaran Al-Aalami itu.

 

Ronaldo atau CR7 sebelum ini secara rasmi menandatangani kontrak dengan kelab milik Zeid Al-Ja'ba dan Hussain Al-Ja'ba berpengkalan di Arab Saudi itu pada 30 Disember lepas.

 

Ronaldo sendiri telah mengikat kontrak dengan kelab barunya itu selama 2 musim akan datang atau, sehingga tahun 2025.

 

Keputusan Ronaldo untuk menyertai Al Nassr disambut dengan tangan terbuka oleh warga Saudi. Manakan tidak, untuk kali pertama Saudi Pro League disertai oleh mantan pemain terbaik dunia setaraf figura itu.



Dalam dua dekad terakhir, Ronaldo bersama ‘musuh’ tradisinya Lionel Messi kerap bergantian memenangi penghargaan Ballon d'Or. Sehingga kini, Ronaldo telah dianugerahkan lima trofi berprestij itu, manakala Messi sebanyak tujuh kali.


Oleh sebab itu, keputusan Ronaldo berpindah ke Al Nassr dianggap sebagai babak baru dalam sejarah bolasepak Asia.

 

"Di Eropah kerja saya sudah berakhir... saya ada terima banyak tawaran di Eropah, banyak di Brazil, Australia, Amerika Syarikat, malah di Portugal," katanya dalam sidang media pertamanya di rantau Arab.

 

"Saya pemain yang unik. Adalah bagus untuk datang ke sini, saya memecahkan semua rekod di sana (Eropah) dan saya mahu memecah beberapa rekod di sini," kata Ronaldo.

 

"Saya datang ke sini untuk menang, untuk bermain, untuk bergembira, untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan negara dan budaya negara ini," tambahnya.