Most Read
Akaun Bolt digodam, RM54.86 juta lesap
#usainbolet #dunia #godam | Author : Nur LelaFC Barcelona ajak peminat Malaysia rai Tahun Baru Cina dengan pelbagai aktiviti menarik
#fcbarcelona #football #EUFA | Author : Isz YuslizaSEA Obstacle Challenge anjuran MORSA uji ketahanan fizikal 500 atlet Asia Tenggara
#MORSA #sports #KBS | Author : Isz YuslizaTayangan skrin besar siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala AFF di 14 lokasi seluruh negara
#harimaumalaya #kbs #malaysia | Author : Isz YuslizaTiba di Arab Saudi, Ronaldo disambut meriah bak bintang pop
#ronaldo #CR7 #alnassr | Author : Isz YuslizaRasmi: Ronaldo tandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr
#ronaldo #MU #alnassr | Author : Isz YuslizaLagenda Brazil, Pele meninggal dunia
#pele #meninggaldunia #pialadunia | Author : Nur LelaKeluarga berkumpul, kesihatan Pele semakin merosot
#pele #bolasepak #brazil | Author : Nur LelaSalt Bae kena 'Banned' dengan FIFA
#FIFA #saltbae #pialadunia | Author : Nur LelaSukan
Nur Lela
Published: Jan 6, 2023 10:56 am . Updated:3:46 pm
KUALA LUMPUR, Jan 6 -- Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuktikan keprihatinan terhadap skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon dengan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai venue perlawanan bagi skuad Harimau Malaya bermula Mac ini.
Ini berikutan gelanggang rasmi iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditutup sementara untuk proses penukaran rumput.
Tawaran itu dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika membuat lawatan pada sesi latihan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, semalam.
"Setelah berbincang dengan Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan) Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ yang akan bermula Mac ini, saya berjumpa dengan Presiden FAM untuk berkongsi 'update'.
"Dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu padang SNBJ siap," tulis Tunku Ismail di laman sosialnya.
Berdasarkan jadual pasukan negara sepanjang tahun ini, anak buah Pan-gon dijangka bakal dihimpunkan dalam jendela aksi antarabangsa Fifa pada Mac, Jun, September, Oktober dan November, dengan beberapa aksi antarabangsa bakal menanti pasukan sebagai persiapan ke Piala Asia pada Januari 2024 di Qatar.
Proses pertukaran padang di SNBJ daripada rumput jenis Cowgrass kepada rumput Zeon Zoysia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya selama enam bulan sebelum boleh digunakan.
Malah, kos penukaran rumput itu juga ditaja sepenuhnya Tunku Ismail dengan nilai RM1.4 juta.
Tawaran daripada TMJ itu pastinya menggembirakan peminat bola sepak tempatan memandangkan fasiliti dan kualiti padang yang terdapat di Stadium Sultan Ibrahim dianggap antara terbaik di rantau ini.