Most Read

Akaun Bolt digodam, RM54.86 juta lesap

#usainbolet #dunia #godam | Author : Nur Lela

TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim

#tmj #padang #bola | Author : Nur Lela

Tiba di Arab Saudi, Ronaldo disambut meriah bak bintang pop

#ronaldo #CR7 #alnassr | Author : Isz Yusliza

Rasmi: Ronaldo tandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr

#ronaldo #MU #alnassr | Author : Isz Yusliza

Lagenda Brazil, Pele meninggal dunia

#pele #meninggaldunia #pialadunia | Author : Nur Lela

Keluarga berkumpul, kesihatan Pele semakin merosot

#pele #bolasepak #brazil | Author : Nur Lela

Salt Bae kena 'Banned' dengan FIFA

#FIFA #saltbae #pialadunia | Author : Nur Lela

Sukan

Tayangan skrin besar siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala AFF di 14 lokasi seluruh negara

Isz Yusliza

Published: Jan 7, 2023 8:45 am . Updated:3:41 am

KUALA LUMPUR, Jan 7 - - Bagi penyokong Harimau Malaya yang tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini, jangan bimbang kerana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan tayangan Siaran Langsung perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022.

 

Inisiatif oleh KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara itu akan menempatkan skrin besar di 14 lokasi terpilih di seluruh negara. 

 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengumumkan perkara itu malam tadi, turut menyeru orang ramai untuk memeriahkan kesemua lokasi berkenaan bagi menyokong Harimau Malaya. 

 

Antara lokasi yang bakal menjadi tumpuan adalah di Dataran Merdeka; Perbadanan Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang; Meow Garden, Perak; Laman MBPJ Petaling Jaya; serta Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

 

Selain itu, orang ramai juga boleh hadir di lokasi berikut untuk menyaksikan tayangan siaran langsung Piala AFF - Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang; Dataran Stadium Kajang; Dataran Sungai Lesen, Sungai Air Tawar Sabak Bernam; Kompleks Belia dan Sukan Paroi; Restoran Al-Marjan MITC Ayer Keroh; Dewan Bandaraya Kuantan; Mydin Petrajaya Kuching; dan Padang Merdeka Kota Kinabalu.

 

“Jom semua tunjukkan dan laungkan sokongan dengan menonton tayangan skrin besar di 14 lokasi!

 

“Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik juga menanti anda,” tulis KBS menerusi kenyataan di Facebook. 

 

Sebelum ini, sebanyak 21,000 tempat duduk di SNBJ dilaporkan terpaksa dikorbankan kerana terlibat dalam pembinaan struktur pentas konsert sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai yang tidak dapat membeli tiket perlawanan separuh akhir pertama berkenaan. 

 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memaklumkan, kesemua 59,000 tiket bagi perlawanan pada Sabtu sudah habis terjual.

 

Dalam pada itu, penyanyi terkenal Taiwan, Jay Chou memaklumkan sedia menangguhkan konsertnya di SNBJ yang bakal berlangsung pada 15 Januari depan bagi memberi laluan kepada penyokong skuad Harimau Malaya memenuhi stadium untuk menonton perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 malam ini. 

 

"Kepada penyokong bola sepak Malaysia, saya tahu perlawanan itu amat penting buat anda.

 

"Saya sedia memberikan kerjasama untuk menangguhkan konsert tetapi anda harus bertanya kepada persatuan bola sepak atau pentadbir gelanggang itu jika mereka membenarkan saya untuk menangguhkannya," tulisnya dalam jawapan di media sosial, semalam.