Most Read
Akaun Bolt digodam, RM54.86 juta lesap
#usainbolet #dunia #godam | Author : Nur LelaFC Barcelona ajak peminat Malaysia rai Tahun Baru Cina dengan pelbagai aktiviti menarik
#fcbarcelona #football #EUFA | Author : Isz YuslizaTayangan skrin besar siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala AFF di 14 lokasi seluruh negara
#harimaumalaya #kbs #malaysia | Author : Isz YuslizaTMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim
#tmj #padang #bola | Author : Nur LelaTiba di Arab Saudi, Ronaldo disambut meriah bak bintang pop
#ronaldo #CR7 #alnassr | Author : Isz YuslizaRasmi: Ronaldo tandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr
#ronaldo #MU #alnassr | Author : Isz YuslizaLagenda Brazil, Pele meninggal dunia
#pele #meninggaldunia #pialadunia | Author : Nur LelaKeluarga berkumpul, kesihatan Pele semakin merosot
#pele #bolasepak #brazil | Author : Nur LelaSalt Bae kena 'Banned' dengan FIFA
#FIFA #saltbae #pialadunia | Author : Nur LelaSukan
Isz Yusliza
Published: Jan 11, 2023 7:38 pm . Updated:12:10 pm
PERSATUAN Sukan Lumba Berhalangan Malaysia (MORSA) baru-baru ini telah menganjurkan SEA Obstacle Challenge yang terdiri daripada atlet-atlet dari seluruh Asia Tenggara untuk bersaing bagi merebut gelaran SEA Obstacle Sports Champion.
Atlet dari seluruh rantau menguji kekuatan mereka untuk mewakili negara tercinta dan bersaing dengan yang terbaik dalam kejohanan yang dibahagikan kepada tiga sub kategori iaitu NINJA Course, Youth Course, dan 5km Course itu.
Ninja Course yang telah berlangsung di Ozone Fitness di Petaling Jaya itu dimenangi oleh atlet muda negara Malaysia Nuur Hafis Said Alwi. Nuur Hafis menewaskan rakan-rakan atlet senior negara seperti Mohd Redha Rozlan dan Yoong Wei Theng untuk menuntut Kejohanan Ninja SEA.
Youth Course yang berlangsung di Kem 5, Jumpa, di Plaza Sungai Wang dengan lebih 500 atlet muda yang mengambil bahagian dalam cabaran itu.
Manakala bagi acara 5km, Mohd Saddam Mohd Pittli meneruskan penguasaan dalam kategori 5km yang diadakan di Tanjung Tualang di Perak.
Kejohanan dianjurkan MORSA itu turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta Lembaga Pelancongan Malaysia, bertujuan mempromosikan sukan berhalangan di Malaysia dan di seluruh Rantau Asia Tenggara.
Presiden MORSA Cheah Yoke Loong berkata, acara itu diharap akan memajukan lagi sukan di dalam dan di peringkat antarabangsa.
“Dengan Sukan SEA 2023 Cambodia semakin hampir, kami juga berharap kejohanan ini akan menyediakan atlet kita untuk temasya akan datang," katanya.