Most Read
Impian KJ jadi PM masih diteruskan, biar dipecat dari UMNO
#KJ #Politik #PM | Author : Nur LelaProses pemecatan keahlian UMNO tidak mengikut kelaziman - KJ
#KJ #UMNO #pecat | Author : Nur LelaPN sedia terima ahli UMNO yang dipecat, gantung
#samsuri #PN #terengganu | Author : Nur LelaMuqharabbin letak jawatan Exco dan Pemuda UMNO Lembah Pantai
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPemecatan KJ tidak menghairankan, malah lebih baik untuk kekal dalam politik – bekas Penasihat Pak Lah
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaParti tidak siuman, sedang ghairah pecat orang – Shahidan
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPecat individu tidak bersependapat cara paling mudah kekal berkuasa – Annuar
#umno #pecat #kj | Author : Isz Yusliza42 ahli UMNO, termasuk KJ dan Noh Omar dipecat serta-merta
#umno #pecat #ahli | Author : Nur LelaUMNO laksana 'pembersihan' besar- besaran, esok - Ahmad Zahid
#zahidhamidi #umno #pembersihan | Author : Nur LelaKJ pemimpin hebat, PN dan PAS sedia terima masuk parti jika disingkir UMNO
#kj #politik #umno | Author : Nur LelaPolitik
Nur Lela
Published: Jan 13, 2023 7:05 pm . Updated:7:26 pm
KUALA LUMPUR, Jan 13 -- “Saya cukup yakin bahawa apapun yang berlaku tiada benda yang patut kita minta maaf sehingga dituduh mengkhianati parti.
Itu kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau adalah 'pengkhianat' parti semasa proses pembentukan kerajaan baru.
Malah, beliau bersedia dikenakan tindakan oleh UMNO selepas didakwa menjadi ‘pengkhianat’ dalam parti berkenaan.
Menurut Hishammuddin, sehingga hari ini, beliau masih tidak mengetahui mengapa beliau dituduh sedemikian hanya kerana menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya juga bersetuju apa yang disebut oleh Ahli Parlimen Jelebu sebelum ini kerana itu adalah fakta.
“Kalau itu yang perlu saya sahkan atau mereka hendak ambil tindakan, ambillah. Tiada apa yang perlu saya bimbang kerana kita konsisten dari peringkat awal usaha untuk bersama Pakatan Harapan (PH) adalah bercanggah dengan pendirian parti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Hishammuddin memberitahu, pihaknya mengambil tindakan berkecuali dan menarik semula Akuan Bersumpah (SD), namun selepas Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan kerana itu kehendak parti, mereka tetap bersetuju.
“Jadi di mana pengkhianatannya? Saya nak ingatkan semua pihak, orang di luar sana agak mual, menyampah dan bosan dengan cara kita berbalah, bertelagah dan menuduh sesama kita.
“Penting untuk parti lihat ke hadapan, kita akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kita telah kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
“Saya harap apa yang kita dapat bincangkan dalam Perhimpunan Agung dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan,” katanya.
Hishammuddin yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) turut berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sudi memaafkan ‘10 pengkhianat’ seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Semalam, Ahmad Zahid menyatakan sedia memaafkan 10 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) termasuk partinya yang menandatangani SD bagi menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan, beliau bersama-sama Lembaga Disiplin UMNO akan tetap memantau pergerakan ahli-ahli Parlimen terlibat sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan.