Most Read
Impian KJ jadi PM masih diteruskan, biar dipecat dari UMNO
#KJ #Politik #PM | Author : Nur LelaProses pemecatan keahlian UMNO tidak mengikut kelaziman - KJ
#KJ #UMNO #pecat | Author : Nur LelaPN sedia terima ahli UMNO yang dipecat, gantung
#samsuri #PN #terengganu | Author : Nur LelaMuqharabbin letak jawatan Exco dan Pemuda UMNO Lembah Pantai
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPemecatan KJ tidak menghairankan, malah lebih baik untuk kekal dalam politik – bekas Penasihat Pak Lah
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaParti tidak siuman, sedang ghairah pecat orang – Shahidan
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPecat individu tidak bersependapat cara paling mudah kekal berkuasa – Annuar
#umno #pecat #kj | Author : Isz Yusliza42 ahli UMNO, termasuk KJ dan Noh Omar dipecat serta-merta
#umno #pecat #ahli | Author : Nur LelaUMNO laksana 'pembersihan' besar- besaran, esok - Ahmad Zahid
#zahidhamidi #umno #pembersihan | Author : Nur LelaKJ pemimpin hebat, PN dan PAS sedia terima masuk parti jika disingkir UMNO
#kj #politik #umno | Author : Nur LelaPolitik
Nur Lela
Published: Jan 13, 2023 11:19 pm . Updated:10:54 pm
KUALA LUMPUR, Jan 13 -- Dipercayai terdapat unsur rasuah untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi calon dari parti lain, Barisan Nasional (BN) akan menfailkan petisyen pilihanraya bagi mencabar keputusan berkenaan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata BN sudah mengenal pasti sejumlah kerusi yang akan terbabit dalam petisyen itu bagi mencabar keputusan dalam PRU15.
Beliau enggan memaklumkan asas bagi petisyen yang akan dibuat, namun difahamkan antara alasan yang digunakan BN bagi menyokong petisyen itu adalah tindakan parti tertentu menggunakan rasuah untuk memancing undi.
"Kita akan umumkan nanti (secara terperinci). Memang ada beberapa kawasan yang akan kita failkan petisyen pilihan raya. Tentunya ada asas yang perlu dipenuhi.
unknown.svg
"Ya (akan failkan petisyen di kerusi milik Perikatan Nasional). Ada macam-macam partilah.
"Jawatankuasa kita akan umumkan nanti. Kita dah kenal pasti beberapa tempat, jumlahnya secara tepatnya nanti akan diumumkan," katanya ketika melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta memperincikan jumlah sebenar dan kawasan Parlimen yang terbabit dalam usaha BN menfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15.
Terdahulu, wakil calon BN di Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen itu.
Petisyen berkenaan difailkan pada 3 Januari lalu oleh Mohd Azmi Mahmood di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, bagi mencabar keputusan PRU-15 di kerusi Parlimen Gua Musang, yang didakwa berlaku politik wang.
Isnin lalu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil menerusi video di Facebooknya memaklumkan BN menfailkan petisyen pilihan raya di sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen yang dimenangi PN.
"Ada beberapa bahagian telah menfailkan petisyen untuk pilihan raya semula di sekurang-kurangnya tiga Parlimen, di mana PN menang dan ada bukti menunjukkan mereka rasuah pengundi," katanya dalam video itu.
BN mencatat prestasi buruk dalam PRU15 pada 19 November lalu apabila hanya menang 30 kerusi Parlimen (26 dimenangi UMNO), berbanding 79 kerusi (54 dimenangi UMNO) pada PRU14.
Kerusi terbanyak dimenangi Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi Parlimen, manakala Perikatan Nasional (PN) mencatat kejutan apabila meraih 74 kerusi Parlimen.