Most Read
Impian KJ jadi PM masih diteruskan, biar dipecat dari UMNO
#KJ #Politik #PM | Author : Nur LelaProses pemecatan keahlian UMNO tidak mengikut kelaziman - KJ
#KJ #UMNO #pecat | Author : Nur LelaPN sedia terima ahli UMNO yang dipecat, gantung
#samsuri #PN #terengganu | Author : Nur LelaMuqharabbin letak jawatan Exco dan Pemuda UMNO Lembah Pantai
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPemecatan KJ tidak menghairankan, malah lebih baik untuk kekal dalam politik – bekas Penasihat Pak Lah
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaParti tidak siuman, sedang ghairah pecat orang – Shahidan
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPecat individu tidak bersependapat cara paling mudah kekal berkuasa – Annuar
#umno #pecat #kj | Author : Isz Yusliza42 ahli UMNO, termasuk KJ dan Noh Omar dipecat serta-merta
#umno #pecat #ahli | Author : Nur LelaUMNO laksana 'pembersihan' besar- besaran, esok - Ahmad Zahid
#zahidhamidi #umno #pembersihan | Author : Nur LelaKJ pemimpin hebat, PN dan PAS sedia terima masuk parti jika disingkir UMNO
#kj #politik #umno | Author : Nur LelaPolitik
Nur Lela
Published: Jan 14, 2023 12:22 pm . Updated:12:06 pm
KUALA LUMPUR, Jan 14 -- Orang Melayu sudah tidak lagi meletakkan UMNO sebagai pilihan utama dan hakikat itu diterima ahli parti berkenaan.
Perkara itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal yang merujuk kepada penolakan jelas orang Melayu dalam kalangan penduduk dan luar bandar berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Beliau berpandangan, faktor penolakan itu berpunca daripada kegagalan parti itu untuk bersaing dengan parti Melayu lain, selain usaha mendekati dan meyakinkan orang Melayu di bandar kurang memuaskan.
"Suka atau tidak, kita bukan parti Melayu dengan kemenangan kerusi terbanyak. Yang di luar bandar sudah mula menolak kita dan yang di bandar, sudah lama meninggalkan kita.
"UMNO mesti segera sedar. Ramai orang Melayu di luar sana yang sudah membayangkan masa depan mereka, tanpa UMNO.
"Ramai orang Melayu yang semakin percaya, bahawa mereka tidak perlukan UMNO untuk mewakili mereka. Perkara ini jika tidak diberikan perhatian serius dan jujur, akan memberi kesan sangat buruk kepada UMNO," katanya.
Beliau yang mewakili Pahang berkata demikian ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.
Fadzli menegaskan UMNO perlu melakukan 'post mortem' secara jujur dan ikhlas dengan mengetengahkan kelemahan, kesilapan dan kesalahan parti itu, dan bukannya secara berlapik.
Tegasnya, UMNO hanya mampu kembali bangkit jika parti itu kembali pada kekuatannya, iaitu memiliki neraca pertimbangan dan kompas moral yang betul.
"Jika kita benar-benar sayangkan parti, kita mesti bersedia untuk dikritik dan ditegur," katanya.
Pada masa sama, katanya, UMNO perlu merombak cara kerja lama dan mencari strategi baharu, termasuk memiliki ikon yang bersih, diyakini dan mempunyai idea serta pelan untuk bangsa dan negara.
Katanya, strategi komunikasi yang digunakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini disifatkan gagal serta tidak berkesan untuk menyerang lawan atau bertahan.
"Kita mesti sedar. Menghasilkan infografik dan dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp semua ketua bahagian, itu bukan komunikasi berkesan.
"Membuat hantaran Facebook setiap hari dan meminta semua ahli dan kenalan untuk 'like' dan kongsi, itu bukan komunikasi berkesan. Mengadakan wawancara dengan menemubual sesama kita sahaja, itu bukan komunikasi berkesan.
"Marilah kita semua mengambil langkah berani dan radikal untuk mulakan agenda perubahan. Dengan cara baharu, dengan cara yang belum pernah kita teroka," katanya.