Most Read
Impian KJ jadi PM masih diteruskan, biar dipecat dari UMNO
#KJ #Politik #PM | Author : Nur LelaProses pemecatan keahlian UMNO tidak mengikut kelaziman - KJ
#KJ #UMNO #pecat | Author : Nur LelaPN sedia terima ahli UMNO yang dipecat, gantung
#samsuri #PN #terengganu | Author : Nur LelaMuqharabbin letak jawatan Exco dan Pemuda UMNO Lembah Pantai
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPemecatan KJ tidak menghairankan, malah lebih baik untuk kekal dalam politik – bekas Penasihat Pak Lah
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaParti tidak siuman, sedang ghairah pecat orang – Shahidan
#umno #pecat #ahli | Author : Isz YuslizaPecat individu tidak bersependapat cara paling mudah kekal berkuasa – Annuar
#umno #pecat #kj | Author : Isz Yusliza42 ahli UMNO, termasuk KJ dan Noh Omar dipecat serta-merta
#umno #pecat #ahli | Author : Nur LelaUMNO laksana 'pembersihan' besar- besaran, esok - Ahmad Zahid
#zahidhamidi #umno #pembersihan | Author : Nur LelaKJ pemimpin hebat, PN dan PAS sedia terima masuk parti jika disingkir UMNO
#kj #politik #umno | Author : Nur LelaPolitik
Nur Lela
Published: Jan 14, 2023 6:58 pm . Updated:11:06 pm
KUALA LUMPUR, Jan 14 -- Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022, hari ini meluluskan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dikekalkan pada pemilihan tahun ini.
Ini sekali gus menjadikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, tidak akan dicabar.
Usul tambahan itu dikemukakan wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin semalam dan diluluskan melalui undian suara hari ini, sebelum sesi penggulung perbahasan dimulakan.
Kelulusan pengundian usul itu yang dilakukan secara tertutup di Dewan Merdeka diumumkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin selaras Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.
"Alhamdulillah, usul tambahan ini diluluskan, Allah maha kaya kerana mendengar permintaan kita," katanya sebelum disusuli laungan Allahuakbar sebanyak tiga kali yang kemudian disahut perwakilan.
Satu rakaman video turut tersebar mengenai proses pengundian itu yang dijalankan secara tertutup dengan sejumlah perwakilan dilihat berdiri dan mengangkat tangan ketika mengundi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, melalui satu muat naik di Facebook turut mengesahkan mengenai kelulusan undi tambahan itu.
Beliau berkata, majoriti perwakilan UMNO bangun dan mengangkat tangan menyokong usul ucapan dasar Presiden UMNO dengan satu usul tambahan iaitu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
"Yang tidak sokong pun diminta berdiri dan mengangkat tangan, tapi bilangannya sangat sedikit," katanya turut mencatatkan pengundian itu berlangsung pada jam 4.52 petang.