Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 16, 2023 10:55 am . Updated:5:44 am
KUALA LUMPUR, Jan 16 -- Pelakon Puteri Sarah Liyana tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini bagi memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, pagi ini.
Puteri Sarah dilihat berjubah dan tudung berwarna hitam tiba pada jam 10.25 pagi diiringi dua adiknya.
Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 9 pagi bagi membuat liputan kes pelakon berusia 38 tahun itu.
Khamis lalu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengesahkan akan menfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Puteri Sarah sebelum ini berkata, tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan beermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah kali kedua dengan Ira Kazar di Thailand, baru-baru ini.
Malah, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menegaskan, keputusan memfailkan perceraian adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.