Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 16, 2023 11:58 am . Updated:9:02 am
PUTRAJAYA, Jan 16 -- Pegawai dan kakitangan awam perlu menegur keputusan Menteri termasuk Perdana Menteri, sekiranya ia didapati melanggar peraturan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pegawai yang melaksanakan arahan yang bersifat sebagai keterlanjuran tidak boleh dipersalahkan berikutan ia diminitkan oleh Menteri menyebabkan mereka mematuhinya.
"Saya tekankan penguatkuasaan. Apa yang saya pelajari terutama di Kementerian Kewangan, melihat banyak fail banyak keterlanjuran.
"Nak salahkan pegawai kalau minit daripada Menteri apatah lagi Perdana Menteri dia patuh.
"Tetapi saya sudah beri arahan jelas kalau ada minit daripada Perdana Menteri sendiri pun kalau dianggap melanggar peraturan dan undang-undang, sekurang-kurangnya saya dimaklumkan terlebih dulu. Apa lagi kalau dalam kalangan pegawai di pejabat saya, pejabat Timbalan Perdana Menteri (dan) pejabat Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Putra, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Anwar berkata, langkah pertama diambilnya apabila dilantik Perdana Menteri ialah mengarah semua Menteri melantik Ketua Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan dalam kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), berbeza dengan amalan sebelum ini.
Beliau berkata, ia supaya akan ada penyelarasan yang baik.
"Tapi saya nak tekankan ia hanya berhasil kalau ada kerjasama penuh daripada rakan-rakan (Menteri)," katanya.