Most Read
15,000 restoran setuju sertai inisiatif Menu Rahmah
#salahuddin #kpdn #menurahmah | Author : Nur LelaPenganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaAm
Nur Lela
Published: Jan 16, 2023 3:32 pm . Updated:3:41 am
KUALA LUMPUR, Jan 16 – Menjelang cuti am sempena perayaan Tahun Baru Cina hujung minggu ini, kerajaan menjangkakan sebanyak 3.8 juta kenderaan akan berada di atas lebuh raya di seluruh negara.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan mengambil beberapa inisiatif.dalam usaha memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna pada tahap tertinggi sepanjang tempoh berkenaan,
Antaranya, mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Selamat yang telah bermula Jumaat lepas serta Op Bersepadu yang akan dilancarkan esok bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pengoperasian LLM dan syarikat konsesi juga akan dipertingkatkan kepada 24 jam dengan menambah kakitangan bertugas melibatkan anggota peronda, petugas di plaza tol, anggota RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) serta anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
"Kita juga akan pastikan sistem kutipan tol berfungsi sebaiknya selain menambah lorong bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol, ” katanya.
Selain itu, katanya, jentera kembalik turut disediakan di beberapa lokasi terpilih untuk membantu pengguna lebuh raya jika terjadi sebarang kemalangan.
Menurutnya, semua syarikat konsesi lebuh raya juga akan menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong, bermula Jumaat ini sehingga Rabu depan bagi mengelak gangguan aliran trafik.
"Kementerian Kerja Raya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam menjayakan kempen keselamatan jalan raya yang akan dilancarkan esok,” katanya.