Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Pancing ikan di lopak jalan, lelaki bersongkok sindir pemimpin
#luarnegara #protes #jalanlubang #lopakair(VIDEO) Lelaki tikam pramugari, cuba keluar dari pesawat penerbangan AS
(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Jan 17, 2023 2:08 pm . Updated:8:43 am
KATHMANDU, Jan 17 – Pihak berkuasa menemui dua kotak hitam milik pesawat domestik Nepal, Yeti Airlines dan satu lagi mayat di lokasi nahas semalam.
Angka itu menjadikan kematian terkini adalah 69 orang.
Xinhua melaporkan, mayat mangsa nahas berkenaan ditemukan sekitar jam 3 petang waktu tempatan di Sungai Seti.
"Pencarian tiga lagi mangsa kini diteruskan," kata penolong ketua pegawai daerah Kaski, Guru Datta Dhakal kepada Xinhua.
Jurucakap tentera Nepal, Brigadier Jeneral Krishna Prasad Bhandari, berkata penemuan dua kotak hitam membabitkan perakam data penerbangan dan perakam suara penerbangan itu adalah penemuan terbaru pihaknya.
Perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat ditemui beberapa jam lebih awal.
Setakat ini, sejumlah 26 mayat berjaya dikenal pasti.
Seramai 69 mangsa terkorban apabila pesawat membawa seramai 72 orang terdiri 15 warga asing terhempas di Pokhara pada Ahad lalu dalam nahas udara disifatkan terburuk sejak tiga dekad lalu di Nepal.
Nepal mengisytiharkan hari berkabung negara dan menubuhkan panel bagi menyiasat bencana itu serta mencadangkan langkah untuk mengelak insiden sedemikian berulang.
Pihak berkuasa pula berkata, mayat akan diserahkan kepada keluarga selepas pengecaman dan pemeriksaan.
Hampir 350 orang terkorban dalam nahas pesawat atau helikopter di Nepal yang mencatatkan perubahan cuaca secara tiba-tiba dan mampu menyebabkan keadaan berbahaya sejak 2000.