Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 17, 2023 6:08 pm . Updated:5:53 pm
SUNGAI BULOH, Jan 17 -- Mayat seorang lelaki tanpa kepala ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dipotong kepada enam bahagian dan disumbatkan ke dalam bagasi.
Bagasi berwarna hitam itu ditemui di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.25 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati mayat di dalam bagasi itu seorang lelaki dewasa yang masih belum dikenal pasti indentitinya.
“Maklumat lanjut akan diperoleh esok ekoran bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sungai Buloh esok pagi,” katanya.
Menurut Shafa’aton, mayat yang dijumpai tidak lengkap kerana hanya ada keratan badan dari pinggang ke atas tanpa kepala dalam bagasi tersebut.
Katanya, mayat tidak sempurna kerana tiada kepala serta kedua-dua tangan dan kaki.
“Sehubungan itu, kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.