Most Read

Akaun Bolt digodam, RM54.86 juta lesap

#usainbolet #dunia #godam | Author : Nur Lela

TMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim

#tmj #padang #bola | Author : Nur Lela

Tiba di Arab Saudi, Ronaldo disambut meriah bak bintang pop

#ronaldo #CR7 #alnassr | Author : Isz Yusliza

Rasmi: Ronaldo tandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr

#ronaldo #MU #alnassr | Author : Isz Yusliza

Lagenda Brazil, Pele meninggal dunia

#pele #meninggaldunia #pialadunia | Author : Nur Lela

Keluarga berkumpul, kesihatan Pele semakin merosot

#pele #bolasepak #brazil | Author : Nur Lela

Salt Bae kena 'Banned' dengan FIFA

#FIFA #saltbae #pialadunia | Author : Nur Lela

Sukan

FC Barcelona ajak peminat Malaysia rai Tahun Baru Cina dengan pelbagai aktiviti menarik

Isz Yusliza

Published: Jan 18, 2023 10:47 am . Updated:3:40 am

KUALA LUMPUR, Jan 18 - - Kelab bolasepak FC Barcelona mengajak peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia merayakan Tahun Baru Cina tahun ini dengan pelbagai acara istimewa.

 

Dengan tema permulaan baharu, Barça merayakannya dengan pelbagai hiburan secara langsung serta aktiviti menarik pada hari perlawanan di Spotify Camp Nou.

 

Kerjasama itu melibatkan kolaborasi bersama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pemengaruh khas untuk peminat di Malaysia.

 

Presiden, Joan Laporta turut mengucapkan terima kasih kepada Culers di Malaysia atas sokongan mereka dan sentiasa mendoakan semua peminat yang merayakannya.

 

 

Memetik hantaran mesejnya, Laporta berkata, kelab itu telah melalui detik-detik menarik, mencabar dan penuh emosi pada 2022.

 

“Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda, dan saya harap kami akan membawa lebih banyak detik gembira tahun ini. Selamat tahun baru, saya doakan anda bahagia dan sejahtera. Tahun baru, era baharu, Visca el Barça!,” katanya.

 

Bagi memperingati Tahun Baru, Barça melancarkan sebuah video yang bertajuk ‘Tahun Baru, Era Baru,’ yang mana begitu teruja menantikan 2023.

 

Selain meraikan pemeteraian bersama bakat baharu, perkongsian inovatif serta pelancaran nama stadium yang serba baharu.

 

Pemainnya, Eric Garcia, Ferran Torres, Jordi Alba, Iñaki Peña dan Alejandro Balde turut menghantar ucapan perayaan kepada peminat atau ‘Culers’ di seluruh dunia.

 

FC Barcelona akan memulakan sambutan itu pada 22 Januari dengan pelbagai aktiviti menarik di Spotify Camp Nou.

 

Ini termasuk persembahan tarian naga dan singa tradisional oleh Penya Blaugrana Dracs Units, di samping persembahan muzik dan kaligrafi Cina.

 

Dalam perlawanan menentang pasukan Getafe, pasukan lelaki akan menggunakan nama mereka dengan aksara Cina ketika perbarisan pemain.

 

Malah, stadium juga akan dihiasi dengan replika Arnab, manakala, kanak-kanak dari Penya Blaugrana Dracs Units akan mengiringi pemain ke padang.

 

Kelab itu juga akan mengeluarkan satu siri Vlog menerusi pengasasnya, Andres Gallardo yang menyelidik makna disebalik Tahun Arnab dengan mempamerkan koleksi barangan kemas dan beg tangan bertemakan arnab porselen buatan tangan daripada jenama Sepanyol itu.

 

Culers juga boleh mendapatkan pelekat dan penapis Barça di Instagram menerusi #rabbityear serta menyertai cabaran di TikTok.

 

Sementara itu, Culers boleh menikmati pelbagai pengalaman secara digital termasuk foto profil dan kertas dinding silang menerusi hasil tangan artis berbakat.

 

 

Selain mendapatkan pelekat inspirasi Barça serta sampul merah di WeChat, dan koleksi arnab istimewa pada Meitu Xiu Xiu khas buat Culers yang terlibat dengan Barça ketika sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

 

Asia Tenggara merupakan ‘rumah’ kepada lebih daripada 40 juta penyokong Kelab Bola Sepak Barcelona, ​​yang menjadikannya wilayah strategik kepada kelab itu.

 

Contohnya, pangkalan peminat di Malaysia yang cukup dinamik dan berkembang dengan membawa kepada jalinan kolaborasi bersama syarikat tempatan yang amat strategik, termasuk Maybank sebagai Rakan Kongsi Kelab Perbankan Serantau di Malaysia dan Singapura; dan SEBANG sebagai rakan kongsi Bateri Kereta rasmi di Vietnam, Malaysia dan Thailand.