Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Pancing ikan di lopak jalan, lelaki bersongkok sindir pemimpin
#luarnegara #protes #jalanlubang #lopakair(VIDEO) Lelaki tikam pramugari, cuba keluar dari pesawat penerbangan AS
(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Jan 18, 2023 11:31 am . Updated:1:56 am
WASHINGTON, Jan 18 -- Syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer memperluaskan jumlah penjualan ubat-ubatan dan vaksin buatannya tanpa keuntungan ke 45 negara-negara miskin.
Mei lalu, Pfizer menawarkan 23 ubat yang dipatenkan kepada negara miskin secara penjualan tanpa keuntungan.
Pengumuman itu dibuat menerusi platform Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, turut menjelaskan, ia termasuk ubat luar paten, menjadikan jumlah keseluruhan produk yang ditawarkan kepada lebih 500 jenis.
Ia adalah sebahagian daripada inisiatif yang dikenali sebagai 'An accord for a healthier world' yang diumumkan di davos tahun lepas.
Pfizer berharap langkah terbaharu ini akan membantu pihaknya untuk mencapai dan mempercepatkan wawasan syarikat tersebut.
Ia bagi membolehkan semua orang mempunyai akses kepada ubat-ubatan dan vaksin yang mereka perlukan untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.
Perkembangan itu juga dijangka akan membantu menangani "beban penyakit dan keperluan pesakit yang tidak terpenuhi" bagi 1.2 bilion orang yang tinggal di 45 negara berpendapatan rendah.
Antara ubat-ubatan dan vaksin yang ditarawakan termasuk rawatan kemoterapi dan rawatan kanser mulut yang berpotensi merawat hampir satu juta kes kanser baharu setiap tahun.