Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Pancing ikan di lopak jalan, lelaki bersongkok sindir pemimpin
#luarnegara #protes #jalanlubang #lopakair(VIDEO) Lelaki tikam pramugari, cuba keluar dari pesawat penerbangan AS
(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Jan 19, 2023 10:21 am . Updated:6:37 pm
SYDNEY, Jan 19 -- Selepas lima tahun memegang jawatan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu pengumuman tergempar.
Memetik laporan portal The Guardian, perkara mengejutkan itu diumumkan menerusi mesyuarat kaukus tahunan parti hari ini
Jelasnya, pengumuman tersebut menyusul selepas Ardern merasakan sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri kerana tiada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas itu.
Katanya, jawatan yang disandangnya itu datang dengan tanggungjawab yang berat.
"Saya meletak jawatan kerana tugas ini memerlukan tanggungjawab, iaitu mengetahui adakah saya orang yang tepat untuk mempimpin dan menyedari bila masanya untuk berundur.
"Saya tahu apa yang diperlukan dalam menggalas jawatan ini. Dan saya tahu saya tiada lagi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia semudah itu," ujarnya.
Susulan pengumuman itu Ardern menghubungi tunangnya Clarke Gayford bagi mengajaknya berkahwin.
"Mari kita berkahwin akhirnya," tulisnya.
Ardern meletak jawatan pada usia 42 tahun, selepas lima tahun lebih memegang jawatan tertinggi negara itu.
Sebelum ini beliau menjadi pemimpin kerajaan wanita termuda di dunia selepas dilantik sebaga Perdana Menteri pada 2017 pada usia 37 tahun.
Pentadbirannya turut menyaksikan kepimpinannya semasa menempuh pandemik COVID-19, beberapa bencana dan tragedi besar seperti kejadian serangan masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.
Untuk rekod, tempoh jawatan yang disandangnya itu akan berakhir selewat-lewatnya 7 Februari.