Most Read
FC Barcelona ajak peminat Malaysia rai Tahun Baru Cina dengan pelbagai aktiviti menarik
#fcbarcelona #football #EUFA | Author : Isz YuslizaSEA Obstacle Challenge anjuran MORSA uji ketahanan fizikal 500 atlet Asia Tenggara
#MORSA #sports #KBS | Author : Isz YuslizaTayangan skrin besar siaran langsung perlawanan separuh akhir Piala AFF di 14 lokasi seluruh negara
#harimaumalaya #kbs #malaysia | Author : Isz YuslizaTMJ tawar Harimau Malaya guna Stadium Sultan Ibrahim
#tmj #padang #bola | Author : Nur LelaTiba di Arab Saudi, Ronaldo disambut meriah bak bintang pop
#ronaldo #CR7 #alnassr | Author : Isz YuslizaRasmi: Ronaldo tandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr
#ronaldo #MU #alnassr | Author : Isz YuslizaLagenda Brazil, Pele meninggal dunia
#pele #meninggaldunia #pialadunia | Author : Nur LelaKeluarga berkumpul, kesihatan Pele semakin merosot
#pele #bolasepak #brazil | Author : Nur LelaSalt Bae kena 'Banned' dengan FIFA
#FIFA #saltbae #pialadunia | Author : Nur LelaSukan
Nur Lela
Published: Jan 19, 2023 12:26 pm . Updated:8:48 pm
KINGSTON, Jan 19 -- Legenda Olimpik Usain Bolt turut tidak terkecuali menjadi mangsa penggodam apabila wang berjumlah AS$12.7 juta (RM54.86 juta) lesap daripada akaunnya, minggu lalu.
Susulan itu, atlet berkenaan kini berusaha mendapatkan semula wang berkenaan yang hilang daripada akaunnya dengan firma pelaburan Jamaica dan sedia membawa kes terbabit ke mahkamah.
Minggu lalu Bolt diberitahu baki akaunnya di firma Stocks dan Securities Ltd (SSL) hanya tinggal AS$12,000 (RM51,840), kata Linton Gordon kepada Reuters semalam.
"Kami akan membawa perkara ini ke mahkamah jika firma itu enggan mengembalikan semula wang terbabit," kata Gordon.
"Kejadian ini sangat mengecewakan dan kami berharap ia dapat diselesaikan iaitu Bolt dapat semula wangnya dan beliau tidak lagi susah hati."
SSL dalam kenyataannya 12 Januari lalu berkata mereka menyedari aktiviti penipuan oleh bekas pekerja syarikat itu dan merujuk perkara terbabit kepada pihak berkuasa selain meningkatkan kawalan keselamatan bagi memastikan wang penyimpan selamat selain memperketatkan protokol.
Bagaimanapun, SSL gagal dihubungi menerusi emel atau telefon bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Bolt membuka akaunnya di firma terbabit sebagai wang pencen dan simpanan masa depan selain untuk ibu bapanya, menurut Gordon.