Most Read
90 cedera letupan di masjid ketika waktu solat
#letupan #masjid #pakistan | Author : Nur LelaCuaca sejuk melampau cecah -34 darjah celcius, 162 maut di Afghanistan
#afghanistan #cuaca #sejuk | Author : Nur Lela27 pengembala Fulani maut dibom, pihak berkuasa Nigeria nekad buru dalang
#nigeria #bom #maut | Author : Nur LelaHasrat bina vila di Bali musnah, dua wanita Indonesia tipu wang Puteri Arab Saudi RM144.68 juta
#indonesia #puteriarab #scam | Author : Nur LelaChris Hipkins sah dilantik Perdana Menteri New Zealand baru
#newzealand #pm #hipkins | Author : Nur LelaBudak miliki IQ tinggi, mula membaca umur 2 tahun
#genius #IQ #teddyhobbs | Author : Nur LelaBekalan elektrik di seluruh Pakistan terputus
#gangguan #elektrik #pakistan | Author : Nur LelaCovid-19: Hong Kong tamat kuarantin 30 Januari ini
#hongkong #covid19 #kuarantin | Author : Nur LelaJacinda Ardern letak jawatan PM New Zealand
#world #newzeland #pm | Author : Nur LelaDunia
Nur Lela
Published: Jan 22, 2023 1:05 pm . Updated:6:55 am
BEIJING, Jan 22 -- Usaha pemulihan daripada kes Covid-19 dijangka menjadi lebih sukar dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang apabila kira-kira 80 peratus daripada populasi China dijangkiti virus berkenaan.
Ketua Ahli Epidemiologi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, Wu Zunyou berkata, peningkatan kes itu didorong dengan faktor pergerakan besar-besaran orang ramai semasa tempoh cuti Tahun Baharu Cina ini.
"Pergerakan itu mungkin menyebarkan pandemik itu sekali gus meningkatkan jangkitan di beberapa kawasan, tetapi gelombang kedua Covid-19 tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat," katanya menerusi platform media sosial, Weibo.
Ratusan juta orang China mengembara ke lseluruh negara untuk perjumpaan percutian selepas sekatan ditarik balik kerajaan sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai wabak baharu di kawasan luar bandar yang kurang kelengkapan menguruskan wabak besar.
Seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mendedahkan, negara ini melepasi kemuncak Covid-19 dengan keadaan kritikal apabila ramai pesakit dirawat di klinik demam dan bilik kecemasan.
Setakat 12 Januari lalu, hampir 60,000 orang yang dijangkiti C0vid-19 meninggal dunia di hospital, kira-kira sebulan selepas China secara tiba-tiba membatalkan dasar sifar Covid-19, menurut data kerajaan.
Namun, segelintir pakar mengatakan, angka itu mungkin sangat kurang memberi kesan sepenuhnya, kerana ia tidak termasuk mereka yang meninggal dunia di rumah.
Ramai doktor turut mendakwa, mereka tidak digalakkan untuk menyebut Covid-19 sebagai punca kematian pesakit.