Most Read
90 cedera letupan di masjid ketika waktu solat
#letupan #masjid #pakistan | Author : Nur LelaCuaca sejuk melampau cecah -34 darjah celcius, 162 maut di Afghanistan
#afghanistan #cuaca #sejuk | Author : Nur Lela27 pengembala Fulani maut dibom, pihak berkuasa Nigeria nekad buru dalang
#nigeria #bom #maut | Author : Nur LelaHasrat bina vila di Bali musnah, dua wanita Indonesia tipu wang Puteri Arab Saudi RM144.68 juta
#indonesia #puteriarab #scam | Author : Nur LelaChris Hipkins sah dilantik Perdana Menteri New Zealand baru
#newzealand #pm #hipkins | Author : Nur LelaBudak miliki IQ tinggi, mula membaca umur 2 tahun
#genius #IQ #teddyhobbs | Author : Nur LelaLebih 80 peratus penduduk China dijangkiti Covid-19
#covid19 #world #beijing | Author : Nur LelaCovid-19: Hong Kong tamat kuarantin 30 Januari ini
#hongkong #covid19 #kuarantin | Author : Nur LelaJacinda Ardern letak jawatan PM New Zealand
#world #newzeland #pm | Author : Nur LelaDunia
Nur Lela
Published: Jan 23, 2023 7:05 pm . Updated:1:07 pm
ISLAMABAD, Jan 23 -- Pakistan dilanda gangguan bekalan elektrik bermula pagi ini selepas sistem penghantaran bekalan elektrik negara itu mengalami kerosakan.
Menurut akaun Twitter Kementerian Tenaga negara itu hari ini, gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa yang mengakibatkan kerosakan besar.
Bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan sistem sedang giat dijalankan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Menteri Tenaga Khurram Dastagir memberitahu media tempatan kerja-kerja baik pulih mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.
Tanda pagar #poweroutage menjadi sohor kini (trending) di media sosial dengan beberapa pihak menganggap kerajaan campuran yang diketuai oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif bertanggungjawab atas gangguan itu.
Gangguan bekalan elektrik itu antara yang paling teruk pernah dialami Pakistan kerana menjejaskan hampir kesemua bandar utama di seluruh negara termasuk Islamabad.