Most Read

Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung

#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur Lela

Op Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram

#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur Lela

Pro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah

#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur Lela

Hujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb

#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur Lela

Kanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia

#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur Lela

Mahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram

#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur Lela

Pemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans

#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur Lela

Am

Enam negeri dijangka banjir kilat dalam tempoh 24 jam

Nur Lela

Published: Jan 23, 2023 8:46 pm . Updated:3:02 pm

KUALA LUMPUR, Jan 23 -- Enam negeri berisiko dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan. 

 

Menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam negeri berkenaan adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor. 

 

Notis PRABN yang dikeluarkan pada jam 5 petang ini memaklumkan, kawasan terbabit di Johor ialah Tangkak sekitar Grisek, Batu Pahat (Sungai Punggor, Minyak Beku, Simpang Kanan, Bandar Penggaram, Peserai, Sri Gading, Tanjung Sembrong dan Simpang Kiri), Kota Tinggi (Johor Lama, Penggerang, Kota Tinggi dan Ulu Sungai Johor).

 

Daerah lain dan kawasan sekitarnya yang turut terbabit ialah Muar (Ayer Baloi, Sri Menanti, Ayer Hitam, Mukim Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dan Bandar Panchor), Pontian (Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Api-Api, Benut dan Sungai Pinggan) serta Kluang (Ulu Benut, Rengam dan Machap).

 

Di Pahang, tiga daerah terbabit iaitu Bera sekitar Bera dan Triang, Maran (Chenor dan Kertau) serta Termeloh (Perak, Bandar Temerloh, Bangau, Sanggang, Lipat Kajang dan Jenderak) manakala di Melaka ialah Melaka Tengah (Umbai dan Telok Mas).

 

Sementara itu, di Perak daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Perak Tengah (Pasir Salak) dan Negeri Sembilan pula melibatkan kawasan Port Dickson di Mukim Si Rusa, Pekan Lukut, Pekan Jemima dan Mukim Jimah juga dijangka terjejas dari banjir kilat.

 

Di Selangor, kawasan diramal terjejas adalah Klang (Pekan Pandamaran, Klang, Bandar Klang, Kapar dan Pekan Kapar), Petaling (Damansara, Pekan Hicom, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam dan Sungai Buloh), Kuala Langat (Kelanang, Tanjong Duabelas, Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom dan Telok Panglima Garang) serta Kuala Selangor (Pasangan dan Pekan Bestari Jaya).

 

Notis kesiapsiagaan itu, dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

 

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," menurut notis itu.