Most Read

90 cedera letupan di masjid ketika waktu solat

#letupan #masjid #pakistan | Author : Nur Lela

Cuaca sejuk melampau cecah -34 darjah celcius, 162 maut di Afghanistan

#afghanistan #cuaca #sejuk | Author : Nur Lela

Chris Hipkins sah dilantik Perdana Menteri New Zealand baru

#newzealand #pm #hipkins | Author : Nur Lela

Bekalan elektrik di seluruh Pakistan terputus

#gangguan #elektrik #pakistan | Author : Nur Lela

Lebih 80 peratus penduduk China dijangkiti Covid-19

#covid19 #world #beijing | Author : Nur Lela

Covid-19: Hong Kong tamat kuarantin 30 Januari ini

#hongkong #covid19 #kuarantin | Author : Nur Lela

Jacinda Ardern letak jawatan PM New Zealand

#world #newzeland #pm | Author : Nur Lela

Dunia

Budak miliki IQ tinggi, mula membaca umur 2 tahun

Nur Lela

Published: Jan 24, 2023 2:46 pm . Updated:12:18 am

LONDON, Jan 24 -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Britain yang dilaporkan mula membaca pada usia dua tahun menjadi antara ahli termuda pertubuhan untuk golongan yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang (IQ) tinggi, Mensa. 

 

Lapor akhbar Daily Mirror kelmarin, Teddy Hobbs, mula membaca semasa perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 dilaksanakan. 

 

Ketika baru berusia satu tahun dan enam bulan, dia boleh membaca buku dengan lancar di hadapan ibu bapanya, Beth dan Will.

 

Selain itu, Teddy turut belajar mengira sehingga angka 100 dalam enam bahasa termasuk Mandarin, Wales, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

 

“Dia sentiasa berminat dengan buku. Justeru, kami memastikan dia mempunyai banyak buku,” kata Beth.

 

Beth dan Will turut keliru dengan bakat anak mereka yang menyebabkan mereka menghubungi perunding kesihatan untuk meminta penilaian dibuat ke atas Teddy.

 

Pasangan itu kemudian mendekati Mensa untuk mendapatkan bimbingan dan ketika berusia tiga tahun dan tujuh bulan, Teddy menjalani penilaian dalam talian selama sejam bersama pakar.

 

Pakar kemudian mendedahkan bahawa Teddy mendapat 99.5 peratus untuk ujian IQ dan dia kemudian diterima menjadi ahli Mensa.

 

Sebelum ini, seorang budak lelaki dari Malaysia berusia tiga tahun yang tinggal di Britain, Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim menjadi anggota termuda Mensa selepas mendapat 142 markah dalam ujian Stanford Binet iaitu penilaian keupayaan kognitif untuk mengukur IQ pada tahun 2020.