Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 24, 2023 9:20 pm . Updated:5:55 am
KUALA LUMPUR, Jan 24 -- Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi kisah sedih di Instagram rasminya sebentar tadi, memaklumkan kandungan keempatnya gugur.
Dalam hantaran tersebut, Nurul Izzah turut berkongsi gambarnya memeluk ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan panjang di laman sosialnya itu, anak sulung Perdana Menteri itu berkata selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mungkin itu kali pertama mereka berpelukan.
“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama - selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya - dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung.
“The little boot is gone …” tulis beliau.
Meskipun sedih dengan khabar terbaharu itu, beliau tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah.
“Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza.
“Ungkapan mensyukuri nikmat - kata-kata indah untuk Yang Maha Esa - yang kita ucap an walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil.
“Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” tulisnya lagi.
Nurul Izzah dalam hantaran sama mendoakan semua yang berada di luar sana, yang pernah merasa kehilangan supaya kekal tabah dan kuat.
“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang telah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa kita, pelukan secara maya, dan peringatan - bahawa kehidupan tetap akan diteruskan,” ujarnya lagi.