Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 25, 2023 8:50 am . Updated:10:41 pm
KUALA TERENGGANU, Jan 25 – Pengujung Pantai Seberang Takir, di sini dinasihatkan supaya tidak menyentuh jika terjumpa ubur-ubur kecil berwarna biru atau nama saintifiknya ‘physalia physalis’ kerana ia berbahaya kepada manusia.
Ia susulan terdapat pengunjung pantai berkenaan yang memuatnaik penemuan ubur-ubur itu itu dalam media sosial, baru-baru ini.
Penemuan ubur-ubur berbahaya jenis Portuguese Man o'War di Pantai Seberang Takir itu adalah pertama direkodkan di pantai tersebut pada tahun ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, beberapa anggota APM telah membuat pemantauan di Pantai Seberang Takir dan berjaya menemui haiwan marin tersebut atau terdampar di pesisir pantai.
"Jadi kita berharap orang ramai lebih berhati-hati ketika berkunjung dan beriadah di Pantai Seberang Takir, jangan sentuh atau pegang jika terjumpa ubur-ubur kecil berwarna biru ini kerana ia berbahaya.
"Bisa ubur-ubur ini boleh melumpuhkan mangsa melalui sengatannya selain turut menyebabkan melecur pada kulit dan lebih serius, ia boleh membawa maut jika tidak dirawat segera," katanya di sini.
Terdahulu, tular dalam Facebook tentang penemuan ubur-ubur dipercayai jenis Portuguese Man o'War di Pantai Seberang Takir oleh orang awam yang berkunjung ke sana.
Mengulas lanjut Mohd Rosman berkata, penemuan ubur-ubur Portuguese Man o'War boleh dikatakan direkodkan hampir setiap tahun di pantai negeri ini sejak beberapa lalu.
Katanya, sebanyak 12 kes ubur-ubur jenis sama dicatatkan pada tahun 2020.
"Namun orang ramai tidak perlu risau kerana kita sentiasa memantau perkara ini termasuk di pantai-pantai lain juga selain memberi nasihat kepada pengunjung pantai.
"Kita harap buat laporan jika ada terjumpa ubur-ubur berbisa ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil," katanya.