Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 25, 2023 9:09 am . Updated:12:01 pm
SEGAMAT, Jan 25 – Tiga beradik bertindak memanjat bumbung kereta bagi meminta bantuan selepas kereta yang dinaiki tenggelam di kawasan banjir di Taman Impian, Labis, di sini, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penguasa Bomba Kanan II Inggai Anak Bakau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 1.51 petang.
"Lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila sampai di lokasi, kita mendapati terdapat tiga lelaki berusia antara 13 hingga 23 tahun berada atas bumbung kereta.
"Pihak bomba menyelamatkan ketiga-tiga lelaki berkenaan yang merupakan adik-beradik sebelum menghantar mereka ke Hospital Segamat," katanya.
Beliau berkata, mangsa memaklumkan pihak bomba bahawa kereta mereka hilang kawalan dan tergelincir masuk dalam kawasan air banjir.
Katanya, masing-masing menyelamatkan diri dengan naik ke atas bumbung kereta sebelum meminta bantuan.
Tambah Unggai, operasi berkenaan tamat pada jam 2.24 petang