Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Nur Lela
Published: Jan 25, 2023 9:28 am . Updated:11:25 pm
SEREMBAN, Jan 25 – Polis memburu seorang pembantu rumah wanita warga asing yang melarikan diri bersama barang kemas dan wang tunai milik majikannya bernilai RM14,000 di sini.
Kejadian itu disedari pengadu iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun pada jam 7.30 malam Ahad lalu sebaik dia dan keluarga pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan di Selangor.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pembantu rumahnya yang bernama Hendriyawati, 40, yang baru tiga bulan bekerja tidak menyahut sebaik dipanggil sebelum pengadu memeriksa dapur dan mendapati pintu dapur serta pintu pagar belakang terbuka.
"Hasil semakan mendapati barang kemas milik anak pengadu dan ibunya tiada dalam almari di bilik tidur. Pengadu kemudiannya membuat laporan polis pada Isnin jam 11.44 pagi.
"Pengadu lewat membuat laporan polis kerana dia terlebih dahulu mengesan suspek daripada ejen pekerjaan serta cuba menghubungi beberapa nombor telefon daripada buku catitan milik pembantu rumahnya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati suspek tidur di bilik tidur bahagian atas bersebelahan bilik tidur pengadu dan beg pakaian suspek masih ada.
"Suspek hanya keluar rumah dengan membawa beg galas milik anak pengadu.
"Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.