Most Read
Letupan di masjid: Angka kematian meningkat 63 orang, 157 cedera
#dunia #pakistan #letupan | Author : Nur Lela90 cedera letupan di masjid ketika waktu solat
#letupan #masjid #pakistan | Author : Nur LelaCuaca sejuk melampau cecah -34 darjah celcius, 162 maut di Afghanistan
#afghanistan #cuaca #sejuk | Author : Nur Lela27 pengembala Fulani maut dibom, pihak berkuasa Nigeria nekad buru dalang
#nigeria #bom #maut | Author : Nur LelaHasrat bina vila di Bali musnah, dua wanita Indonesia tipu wang Puteri Arab Saudi RM144.68 juta
#indonesia #puteriarab #scam | Author : Nur LelaBudak miliki IQ tinggi, mula membaca umur 2 tahun
#genius #IQ #teddyhobbs | Author : Nur LelaBekalan elektrik di seluruh Pakistan terputus
#gangguan #elektrik #pakistan | Author : Nur LelaLebih 80 peratus penduduk China dijangkiti Covid-19
#covid19 #world #beijing | Author : Nur LelaCovid-19: Hong Kong tamat kuarantin 30 Januari ini
#hongkong #covid19 #kuarantin | Author : Nur LelaDunia
Nur Lela
Published: Jan 25, 2023 9:48 am . Updated:5:39 am
WELLINGTON, Jan 25 -- Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri ke-41 New Zealand menggantikan Jacinda Ardern.
Pelantikan Hipkins disahkan oleh wakil Raja Charles III di New Zealand, Gabenor Jeneral Cindy Kiro selepas mengangkat sumpah jawatan pada jam 11.23 pagi tadi (waktu tempatan) menjadikannya Perdana Menteri ke-41 New Zealand.
Ia susulan selepas bekas Perdana Menteri Jacinda Ardern, 42, menyerahkan warkah peletakan jawatannya kepada Kiro pagi tadi.
Hipskin, 44, yang juga bekas Menteri Tindak Balas COVID-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lalu.
Hipkins kemudiannya mengadakan pertemuan pertamanya dengan Menteri Buruh sebelum bertemu media.
"Ini adalah satu keistimewaan dan tanggungjawab terbesar dalam hidup saya," kata Hipkins dalam ucapan sulungnya sebagai PM.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri pula disandang Carmel Sepuloni yang turut mengangkat sumpah jawatan hari ini.
Hipkins kini perlu membina semula sokongan untuk parti yang agak ketinggalan dalam tinjauan pendapat menjelang pilihan raya pada Oktober ini.
Beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya hari ini.