Most Read

100 pasangan pengantin dirai di Dataran Merdeka

#gayahidup #pengantin #maiwp | Author : Isz Yusliza

Sajian Ramadan di WTC Kuala Lumpur tawar 300 juadah enak

#bufetramadan #wtckl #foodreview | Author : Isz Yusliza

Nurflix mula tayangan siri animasi 3D, Nabi Musa The Journey of Humankind hari ini

#entertainment #muslim #nurflix | Author : Isz Yusliza

Kandora pupuk perpaduan melalui muzik cerita rakyat, catat Malaysia Book of Records

#lifestyle #perpaduan #kandora | Author : Isz Yusliza

Rizman Ruzaini lancar koleksi RR Bridal ‘23 mampu milik

#lifestyle #fesyen #rizmanruzaini | Author : Isz Yusliza

Wawa Cosmetics lancar wangian Wawa X Rozyana, Asmaradana – Lagenda Kembali

#lifestyle #entertainment #wawacosmetics | Author : Isz Yusliza

Pizza Hut tawar pizza 1 meter sempena Tahun Baru Cina

#pizzahut #CNY #food | Author : Isz Yusliza

50 wanita terima anugerah Nona Superwoman Awards 2022

#nona #nonasuperwomen #anugerah | Author : Isz Yusliza

Gaya Hidup

Festival Raya terbesar, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 sasar 2 juta pengunjung

Isz Yusliza

Published: Jan 25, 2023 10:48 am . Updated:9:13 am

KUALA LUMPUR, Jan 25 – Satu festival raya terbesar dikenali Absolute Bazaar X Gaya Raya 2023 (ABXGR23) menyasarkan seramai dua juta pengunjung bakal diadakan selama empat hari pada Ramadan ini.

 

Penganjur bersama, Ben Ali berkata, festival jualan raya besar-besaran yang berlangsung selama 66 jam tanpa henti itu bermula 14 hingga 17 April ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

 

Festival anjuran bersama My Events International dan Absolut Event & Management itu katanya, bukan sahaja diadakan di indoor tetapi juga outdoor dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pembelian para pengunjung untuk hidangan berbuka puasa dan sahur.

 

“Dianjurkan untuk tahun kedua, seramai 1.2 juta pengunjung telah hadir memeriahkan festival ini pada tahun lepas dan seramai lebih 2 juta pengunjung dijangka membanjiri ABXGR23 tahun ini.

 

“Lebih daripada 500 pempamer akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang media di MITEC baru-baru ini.

 

 

ABXGR23 merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan.

 

Festival ini merupakan inisiatif bertujuan memberi inspirasi dan sokongan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil.

 

Menariknya festival raya tahun ini juga akan lebih menghayati agama Islam dan menghormati bulan Ramadan dengan menjemput ilmuan agama terkenal untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa.

 

Selain itu, kawasan dewan akan dipenuhi dengan pengertian Islam, persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin oleh seorang Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar tahfiz.

 

Ben berkata, ABXGR23 juga akan mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal, menjadikan festival ini sebagai festival yang amat berharga untuk bulan Ramadhan.

 

Beliau berkata secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif selain Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.

 

“Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak.

 

“Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung di antaranya adalah persembahan selebriti, penampilan artis dan pempengaruh terkenal, cabutan bertuah, Happy Hour serta zon rehat keluarga dan kanak-kanak,” katanya.

 

Pembabitan artis terkemuka Malaysia juga dijangka memeriahkan festival ini dan antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka adalah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan serta ramai lagi.