Most Read

Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung

#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur Lela

Op Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram

#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur Lela

Pro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah

#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur Lela

Hujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb

#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur Lela

Kanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia

#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur Lela

Mahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram

#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur Lela

Pemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans

#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur Lela

Am

Pelanggan pertikai restoran tular jual air suam RM2

Nur Lela

Published: Jan 25, 2023 11:30 am . Updated:12:27 am

KUALA LUMPUR, Jan 25 – Rata-rata pelanggan restoran sudah pasti memahami kos yang terpaksa ditanggung pengusaha dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini dan sanggup menyokong perniagaan yang dijalankan dengan syarat harga yang dikenakan adalah berpatutan.

 

Namun, masih terdapat segelintir pengusaha restoran yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan dengan mengenakan cas yang tidak masuk akal selain tidak memaparkan harga pada menu sehingga membangkitkan kemarahan pelanggan.

 

Malah, pengusaha berkenaan masih mengenakan harga yang mahal biarpun sudah menerima amaran dari pihak berkuasa seolah mereka kebal dari sebarang tindakan.

 

Situasi tegang berlaku di sebuah restoran di Port Dickson semalam apabila pelanggan sebuah restoran tular di kawasan pelancongan itu dikenakan cas bagi air suam sehingga RM2 yang disifatkan melampau.

 

Pelanggan yang makan di restoran berkenaan turut memuatnaik gamba resit di laman Facebooknya yang menunjukkan harga air suam berkenaan dan telah dikongsi seramai 886 pengguna setakat jam 11 pagi ini sehingga menjadi tular.

 

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain, ialah RM102.

 

Pengguna itu turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika pergi makan di kedai berkenaan yang terletak di Port Dickson.

 

"Kalau siapa yang ke PD, hati-hatilah ada satu kedai makan di...kedai nombor... janganlah berniaga cekik darah.

 

"Makan berempat, nasi campur je...nak cepat kaya agaknya. Rupanya bila saya semak dalam web...ramai yang dah terkena," tulisnya.

 

Pengguna FB, Siti Rahim di ruangan komen berkata, dia pernah terkena cas tidak masuk akal itu namun restoran itu masih berniaga tanpa meletakkan harga. Jika letak harga pasti ramai yang tidak terkena.

 

Tulis Yaya pula, "harga air suam macam harga air Zamzam".

 

Panda Panda Doremon menulis, "Air kosong sampai RM1...air ruqyah barangkali" dan Jasmin Mynn pula," Gila-gila mahal air kosong pun RM1".

 

Selain itu pemilik akaun menggunakan nama Zulkarnaen Zakaria menulis, "Air suam sama harga nasi".

 

Pada ruangan komen ada netizen memberitahu restoran terbabit terkenal dengan harga mahal dan pernah dikenakan tindakan sebelum ini, namun masih beroperasi seperti biasa dengan cas yang mahal.