Most Read
Letupan di masjid: Angka kematian meningkat 63 orang, 157 cedera
#dunia #pakistan #letupan | Author : Nur Lela90 cedera letupan di masjid ketika waktu solat
#letupan #masjid #pakistan | Author : Nur LelaCuaca sejuk melampau cecah -34 darjah celcius, 162 maut di Afghanistan
#afghanistan #cuaca #sejuk | Author : Nur Lela27 pengembala Fulani maut dibom, pihak berkuasa Nigeria nekad buru dalang
#nigeria #bom #maut | Author : Nur LelaChris Hipkins sah dilantik Perdana Menteri New Zealand baru
#newzealand #pm #hipkins | Author : Nur LelaBudak miliki IQ tinggi, mula membaca umur 2 tahun
#genius #IQ #teddyhobbs | Author : Nur LelaBekalan elektrik di seluruh Pakistan terputus
#gangguan #elektrik #pakistan | Author : Nur LelaLebih 80 peratus penduduk China dijangkiti Covid-19
#covid19 #world #beijing | Author : Nur LelaCovid-19: Hong Kong tamat kuarantin 30 Januari ini
#hongkong #covid19 #kuarantin | Author : Nur LelaDunia
Nur Lela
Published: Jan 25, 2023 12:22 pm . Updated:7:30 pm
JAKARTA, Jan 25 – Puteri kerajaan Arab Saudi, Lolwah binti Muhammed Bin Abdullah Al Saud menanggung kerugian sehingga RM144.68 juta selepas ditipu dua wanita warga Indonesia dalam urusan pembelian tanah dan pembangunan vila di Bali.
CNN Indonesia melaporkan penipuan itu bermula apabila Puteri Lolwah berkenalan dengan Eka Augusta Herriyani pada 2008 yang ketika itu bekerja di sebuah syarikat Malaysia di mana salah seorang pemegang sahamnya ialah Puteri Lolwah.
Puteri Lolwah kemudiannya menawarkan kerjasama kepada Eka untuk menjalankan projek hartanah di Arab Saudi dan pada 2009, Puteri Lolwah datang ke Bali dan diperkenalkan kepada Evie Marindo Christina yang didakwa boleh membantu mendapatkan lesen di Indonesia.
Pada 2010, mangsa yang berminat untuk melabur di Bali meminta Eka mencari lokasi untuk membina vila.
Setahun kemudian, dua wanita itu memberitahu Puteri Lolwah bahawa lokasi pembinaan vila itu adalah di Banjar Sala, Daerah Gianyar dan Eka kemudiannya meminta mangsa memindahkan wang untuk pembelian tanah dan kos pembinaan vila.
Mangsa menghantar wang secara berperingkat dari April 2011 hingga September 2018 yang keseluruhannya berjumlah 505,492,047,760 rupiah (RM144.68 juta).
Wang itu digunakan untuk membeli tujuh bidang tanah dengan harga 38.44 bilion rupiah (RM11 juta) dan untuk membina sebuah vila dengan harga 37.61bilion rupiah (RM10.77 juta).
Bagaimanapun, pembinaan vila itu tidak pernah disiapkan dan wang selebihnya digunakan oleh Eka dan Evie untuk kepentingan peribadi, membeli beberapa tanah dan kereta sekaligus mengakibatkan Puteri Lolwah kehilangan 429,435,771,670 rupiah (RM122.9 juta).
Dalam pada itu, Puteri Lolwah turut menghantar 7 bilion rupiah (RM 2 juta) kepada Eka pada Mac 2018 untuk membeli sebidang tanah di Badung.
Tanah itu dirancang untuk membina restoran, namun dibatalkan oleh Puteri Lolwah dan wang itu tidak dikembalikan.
Akibat penipuan itu, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dalam kes Jenayah Pengubahan Wang Haram (TPPU).
Sebelum ini, Eka dan Evie dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana melanggar Perkara 372 Kanun Jenayah berhubung jenayah penyelewengan dan Perkara 378 Kanun Jenayah bagi kes penipuan pada 20 Oktober 2020.