Most Read
Penganggur terdesak curi bas sekolah untuk pulang ke kampung
#bas #sekolah #pdrm | Author : Nur LelaBekas guru mengaku tidak bersalah pukul rakan sekerja hingga parah
#guru #pukul #parah | Author : Nur LelaOp Limau: 904 individu ditahan disyaki terlibat judi haram
#oplimau #pdrm #judi | Author : Nur LelaPro bono bukan alasan untuk amal nepotisme, Hamzah gesa Anwar tarik balik lantikan Nurul Izzah
#nurulizzah #anwaribrahim #hamzahzainuddin | Author : Nur LelaHujan berterusan di empat negeri hingga 1 Feb
#hujan #metmalaysia #amaran | Author : Nur LelaKanak-kanak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
#kanakkanak #jatuh #maut | Author : Nur LelaPengawal keselamatan direman 7 hari bantu siasatan kematian lelaki kurang siuman dipukul
#lelaki #pukul #maut | Author : Nur LelaMahkamah benar perbicaraan 1MDB ditangguh susulan kematian Gopal Sri Ram
#gopalsriram #bicara #mahkamah | Author : Nur LelaPemilik kedai kantoi buat laporan palsu untuk tuntut pampasan insurans
#PDRM #pecahmasuk #premis | Author : Nur LelaLRT Laluan Ampang tergendala: DBKL arah projek Menara SOHO henti serta merta
#rapidkl #lrt #dbkl | Author : Isz YuslizaAm
Isz Yusliza
Published: Jan 25, 2023 12:29 pm . Updated:12:29 am
KUALA LUMPUR, Jan 25 - - Umat Islam di negara ini diseru supaya turun bersolidariti pada Jumaat ini bagi membantah tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik berdarah Sweden-Denmark, Rasmus Paludan.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, penghinaan terhadap agama Islam itu perlu dibantah sekeras-kerasnya dan pihaknya mengajak umat Islam di negara ini bersolidariti di KLCC sebelum berarak ke kedutaan Sweden pada Jumaat.
Beliau turut mengulangi gesaan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya kerajaan segera memanggil kedutaan Sweden susulan insiden membakar Al-Quran di Stockholm, Sweden beberapa hari lalu.
“Kerajaan sewajarnya menyuarakan amaran yang tegas ini melalui jalan diplomatik yang ada. Kita tidak boleh berkompromi dengan sebarang insiden provokatif apatah lagi menghina kesucian agama Islam.
“Saya juga ingin menggesa Kerajaan supaya mengusulkan suatu mesyuarat tergempar OIC bagi membincangkan tindakan susulan yang lebih meluas melibatkan negara-negara Islam yang lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Justeru Ahmad berkata, setiap ruang diplomatik perlu dioptimum bagi membantah tindakan tersebut dengan tegas.
Jelasnya, sungguh ironi insiden sedemikian seolah-olah mendapat restu daripada kerajaan Sweden atas nama kebebasan, sedangkan ia merupakan langkah provokatif dan menghina agama Islam.
Katanya, tindakan membakar Al-Quran oleh Paludan bukanlah kali pertama berlaku malah
tahun lalu tindakan provokasi yang sama telah dilakukan sehingga mendorong kebangkitan daripada umat Islam.
“Paludan mensasarkan bandar-bandar yang didiami oleh umat Islam seperti Linkoping, Malmo dan Stockholm sendiri.
“Lebih mendukacitakan adalah reaksi kerajaan Sweden lebih bimbangkan keganasan yang bakal tercetus selepas insiden tersebut, bukan sebaliknya mencegah langkah membakar Al-Quran itu terlebih dahulu,” katanya.