Most Read
100 pasangan pengantin dirai di Dataran Merdeka
#gayahidup #pengantin #maiwp | Author : Isz YuslizaSajian Ramadan di WTC Kuala Lumpur tawar 300 juadah enak
#bufetramadan #wtckl #foodreview | Author : Isz YuslizaJelajah amal Solidariti Untuk Iskandar Spring sasar kutipan RM40,000 bantu biaya kos rawatan
#entertainment #jelajahamal #Spring | Author : Isz YuslizaNurflix mula tayangan siri animasi 3D, Nabi Musa The Journey of Humankind hari ini
#entertainment #muslim #nurflix | Author : Isz YuslizaKandora pupuk perpaduan melalui muzik cerita rakyat, catat Malaysia Book of Records
#lifestyle #perpaduan #kandora | Author : Isz YuslizaRizman Ruzaini lancar koleksi RR Bridal ‘23 mampu milik
#lifestyle #fesyen #rizmanruzaini | Author : Isz YuslizaFestival Raya terbesar, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 sasar 2 juta pengunjung
#festivalraya #absolutbazaar #ramadan | Author : Isz YuslizaPizza Hut tawar pizza 1 meter sempena Tahun Baru Cina
#pizzahut #CNY #food | Author : Isz Yusliza50 wanita terima anugerah Nona Superwoman Awards 2022
#nona #nonasuperwomen #anugerah | Author : Isz YuslizaGaya Hidup
Isz Yusliza
Published: Jan 25, 2023 12:55 pm . Updated:8:54 am
SIAPA tidak mengenali pasangan selebriti popular Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang kini dianggap usahawan berjaya dalam bidang perniagaan.
Malah jenama Wawa Cosmetics yang diusahakan ‘power couple’ ini juga semakin berkembang maju dengan pelbagai produk yang menepati cita rasa pelanggan serta mendapat tempat di hati peminat mereka.
Baru-baru ini, Wawa Cosmetics telah melancarkan wangian Wawa X Rozyana, Asmaradana – Lagenda Kembali bagi menghargai kesetiaan pelanggan dalam satu majlis berkonsepkan Melayu dan Nusantara di ibu kota.
Menariknya, pelancaran wangian itu adalah bagi keluaran versi saiz botol dan kandungannya lebih besar berbanding produk sedia ada yang dilancarkan pada September 2022.
Projek itu merupakan kesinambungan kerjasama bersama pempengaruh, Rozyana Roslan yang mempunyai lebih 5 juta pengikut di TikTok.
Wawa berkata, disebabkan permintaan pelanggan terlalu tinggi terhadap minyak wangi Asmaradana sehingga terjual lebih 600,000 unit, syarikat mengeluarkan saiz botol wangian lebih besar.
“Asmaradana- Lagenda Kembali edisi terhad sebenarnya, tapi sudah habis terjual 40,000 unit sebelum pelancaran ini.
“Jadi, di situ sebenarnya orang dah yakin nak beli minyak wangi Wawa Cosmetics dengan kerjasama pempengaruh seperti Rozyana,” katanya pada sidang media pelancaran minyak wangi saiz baharu, Asmaradana ‘Lagenda Kembali di Rumah Tangsi, baru-baru ini.
Minyak wangi Asmaradana sebelum ini didatangkan dengan tiga jenis wangian iaitu Seri Pagi, Syurga Malam dan Mengundang Cinta dengan saiz botol masing-masing pada 9ml dalam seunit kotak berharga RM21.90.
Saiz terbaharu kali ini adalah pada 30ml sebotol, dengan harga lebih berpatutan iaitu RM39 seunit kotak.
Katanya, jika pembelian dibuat bagi tiga produk terbaharu Asmaradana itu, pelanggan akan diberikan harga diskaun istimewa.
Tambah Wawa, jenama itu merancang untuk mengembangkan lagi koleksi minyak wangi dengan mengeluarkan produk wangian lelaki dengan kolaborasi bersama suami tercinta, Aeril X Wawa.
“Disebabkan ramai yang beri maklum balas positif terhadap produk wangian Wawa Cosmetics, kita bercadang untuk memperbanyakkan lagi koleksi minyak wangi pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Aeril berkata, mereka juga tidak menolak untuk mengadakan usahasama dengan selebriti pula untuk projek-projek akan datang bersama Wawa Cosmetics.