Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Jan 25, 2023 3:45 pm . Updated:9:29 pm
IPOH, Jan 25 – Padah memperdagangkan seorang bayi perempuan tiga tahun lalu, dua wanita termasuk seorang jururawat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini , hari ini.
Tertuduh, Noor Azlina Mohd. Nasir, 41, dan D. Murugamal, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita itu didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia sembilan hari di kawasan letak kenderaan berdekatan sebuah hospital swasta dalam daerah Manjung, pada pukul 12 tengah hari, 18 Jun 2020.
Noor Azlina yang merupakan jururawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah manakala Murugamal yang juga suri rumah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh namun peguam, Mohd. Firdaus Mohd Farouk memohon jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya.
Menurut Mohd Firdaus, kedua-dua anak guamnya itu telah berkahwin di mana Noor Azlina mempunyai lima anak dan bekerja di sebuah hospital di Alor Setar manakala Murugamal yang tidak bekerja dan tidak mempunyai anak itu menghidap sakit jantung dan kencing manis.
Hakim Norashima kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dan menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.