Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Jan 26, 2023 10:07 am . Updated:4:33 pm
JOHOR BAHRU, Jan 26 -- Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat sehingga 5,455 mangsa yang kini ditempatkan di 55 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh Johor setakat jam 8 pagi, tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, mereka yang terjejas terdiri daripada sejumlah 1,508 keluarga.
Menurut beliau, kini terdapat tujuh daerah terjejas akibat banjir iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Pontian, Muar dan Batu Pahat.
“Segamat menjadi daerah terjejas teruk akibat banjir dengan seramai 1,801 penduduk terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 21 buah PPS dibuka di daerah berkenaan.
“Ini diikuti dengan daerah Kluang iaitu seramai 1,256 mangsa; Mersing (1,153); Kota Tinggi (738 mangsa); Batu Pahat (272 mangsa); Muar (217 mangsa) dan Pontian (18 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, antara PPS yang dibuka di seluruh negeri ini termasuklah PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas; Dewan Pusat Banjir Jakoa; Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; Dewan Komuniti Tasek dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia masih meletakkan dua daerah di negeri ini di bawah Amaran Hujan Berterusan tahap bahaya iaitu Mersing dan Kota Tinggi, manakala daerah Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru dalam tahap buruk.
“Tiga sungai di negeri ini masih diletakkan dikategori bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Sungai Kahang di Kampung Contoh dan Sungai Endau.
“Dalam pada itu, empat jalan telah ditutup sementara akibat dinaiki air iaitu Jalan Jemaluang-Batu Pahat; Jalan Nitar Timur-Pengkalan Batu; Jalan Tanah Abang dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai akibat tanah runtuh,” katanya.