Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Pancing ikan di lopak jalan, lelaki bersongkok sindir pemimpin
#luarnegara #protes #jalanlubang #lopakair(VIDEO) Lelaki tikam pramugari, cuba keluar dari pesawat penerbangan AS
(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Jan 26, 2023 3:15 pm . Updated:12:40 am
KANO, Jan 26 -- Sekumpulan 27 pengembala Fulani maut dan beberapa lagi cedera selepas sebutir bom meletup di kampung Rukubi di sempadan antara negeri Nasarawa dan Benue di tengah Nigeria, semalam.
Jurucakap polis negeri Nasarawa, Ramhan Nansel berkata susulan itu, polis tempatan kini bekerjasama dengan agensi keselamatan lain dan kerajaan negeri menjalankan siasatan dan menahan pihak yang terlibat.
"Malang sekali kejadian sebegitu berlaku. 27 pengembala terbunuh selepas sebutir bom meletup di Kawasan Kerajaan Tempatan Doma. Polis dan agensi keselamatan lain bekerja sepanjang masa menyiasat punca yang membawa kepada serangan serta mengesan mereka yang terlibat," kata Nansel lapor gensi Anadolu.
Gabenor Nasarawa Abdullahi Sule yang mengulas mengenai letupan itu berikrar untuk memastikan mereka terlibat ditahan dan didakwa.
Beliau yang menggesa penduduk Fulani di seluruh negeri supaya bertenang berkata kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Negeri Benue untuk mencari penyelesaian berkekalan bagi menangani serangan ke atas penduduk di sepanjang sempadan Nasarawa-Benue.’
Sule berkata pasukan keselamatan telah dikerahkan untuk menyekat sebarang pelanggaran undang-undang dan ketenteraman di kawasan itu.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya bersimpati dengan rakyat Fulani di seluruh negeri atas pembunuhan rakyat mereka oleh pengebom yang tidak dikenali. Saya memberi jaminan kepada mereka tentang komitmen kerajaan negeri untuk mencari pelaku perbuatan sedemikian supaya mereka dikenakan tindakan undang-undang," katanya.