Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Jan 30, 2023 3:14 pm . Updated:4:35 pm
KUALA LUMPUR, Jan 30 -- Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan membabitkan Datuk Seri Najib Razak selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia, semalam.
Ia bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir dan menghadiri upacara pengebumian mendiang yang akan berlangsung esok.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu, Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika perbicaraan bermula pagi ini, dan meminta kes itu disambung semula pada Khamis ini memandangkan Rabu adalah cuti umum sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Sri Ram dilantik sebagai pendakwa ad hoc dan mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB Najib serta perbicaraan laporan audit 1MDB bekas Perdana Menteri itu dan Arul Kanda Kandasamy.
Beliau juga memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan perlu membincangkan dan mengagihkan semula skop tugasnya berikutan pemergian mengejut Sri Ram.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafiee Abdullah juga menyampaikan ucapan takziah bagi pihak pasukan pembelaan Najib.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan dijangka menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu, menjelang akhir minggu ini.
Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.