Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Jan 30, 2023 5:37 pm . Updated:3:55 am
JOHOR BAHRU, Jan 30 -- Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini semalam, disahkan meninggal dunia, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak 12 tahun patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 kediaman berkenaan.
Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 7.31 malam tadi.
Kanak-kanak itu ditemukan tersangkut di bumbung kedai ditingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.
Anggota bomba membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan pengusung dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke HSA.