Dunia

90 cedera letupan di masjid ketika waktu solat

Published: Jan 30, 2023 6:32 pm . Updated:3:20 am

PESHAWAR, Jan 30 -- Sekurang-kurangnya 90 cedera dalam insiden letupan di masjid di bandar barat laut Peshawar di Pakistan, hari ini. 

 

Pegawai polis tempatan memberitahu Reuters berkata, letupan itu berlaku di masjid di mana sebilangan besar orang berhimpun untuk solat. 

 

Pegawai Polis, Sikandar Khan berkata, letupan itu mengakibatkan struktur masjid itu runtuh. 

 

"Sebahagian daripada bangunan itu telah runtuh dan beberapa orang dipercayai berada di bawah runtuhan," katanya.

 

Jurucakap Hospital Lady Reading di Peshawar 

,Mohammad Asim berkata, pihaknya menerima 90 orang yang cedera, beberapa daripada mereka dalam keadaan kritikal.

 

Sekeping gambar yang diterbitkan dalam media tempatan menunjukkan orang ramai berkumpul di sekeliling dinding masjid yang runtuh.