Most Read
(VIDEO) Langgar arahan Timbalan Speaker, MP PN digantung 3 hari
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiAm
Published: Jan 30, 2023 7:06 pm . Updated:3:55 am
KUALA LUMPUR, Jan 30 -- Perdana Menteri Anwar Ibrahim digesa menarik balik pelantikan anak perempuannya, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepadanya.
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menggesa berkata, ia berikutan amalan nepotisme yang didakwa berlaku dalam PKR tidak boleh disamakan dalam pentadbiran kerajaan kerana ia boleh merosakkan imej.
Katanya, pelantikan itu juga tidak wajar, salah, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.
“Amalan nepotisme oleh Anwar, yang melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri adalah pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.
“Nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan. ‘Walk the talk please’,” katanya dalam kenyataan.
Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu berkata, pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi ahli perniagaan, Hassan Marican sudah bertindak sebagai penasihat kepada perdana menteri.
“Ternyata Malaysia Madani hanyalah retorik kosong kerana keutamaan perdana menteri nampaknya lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Anwar berkata, pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan perdana menteri dibuat kerana beliau berkelayakan.
Katanya, Nurul Izzah mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan dan ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sekali gus dilantik bagi membantunya di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kewangan.