Most Read
Hampir sejuta kouta pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac – KSM
#pekerjaasing #levi #kuotaHarga pakaian rasmi istiadat penjawat awam naik lebih 130%
#uniform #awam #kerajanBelanjawan 2023 diluluskan
#ruu #bajet #pmxAyob Khan dilantik Pengarah JSJ berkuatkuasa 16 April
#ayobkhan #jsj #lantikDuda rugi hampir RM184,000 ditipu love scam
#scam #duda #kuantanIsteri maut, suami masuk ICU selepas makan ikan buntal beracun
#maut #ikanbuntal #johorKPM setuju penggal baru persekolahan bermula Januari
#murid #sekolah #januariDua nota diplomatik Saudi sahkan pertemuan Anwar dengan Raja Salman
#anwaribrahim #lawatan #arabsaudiBunga dan cincin kena ‘reject’, Farid Kamil dakwa Diana Dianelle curang
#faridkamil #dianadanielle #artisBantah KWSP bercagar, PGIRM sasar 10,000 pencarum 'gegar' pejabat KWSP
Am
Published: Feb 7, 2023 8:01 pm . Updated:4:34 pm
PUTRAJAYA, Feb 7 -- Tiada rakyat Malaysia di Syria terjejas akibat gempa bumi berdasarkan laporan yang diterima daripada konsul jeneral kehormat di negara itu.
Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, memandangkan gegaran susulan dijangka berlaku, rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan supaya senantiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta nasihat terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Beliau juga mengucapkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa serta kepada kerajaan dan rakyat Syria.
"Malaysia sedang siap sedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban rakyat di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat semalam,” menurut kenyataan itu.
Untuk bantuan, Zambry berkata, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria melalui telefon di nombor +963 93324 5555 atau e-mel samir@honconsuladvisor.my.
Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Beirut melalui telefon di nombor +961 1787 144/166 atau e-mel mwbeirut@kln.gov.my dan Kedutaan Malaysia di Amman di +962 6 590 2400 atau e-mel mwamman@kln.gov.my.
Dua gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dan 7.6 telah melanda selatan Turkiye pada Isnin yang turut menjejaskan negara jiran Syria.
Menurut kemas kini terbaru yang dikeluarkan Agensi Anadolu, bencana itu sudah meragut sekurang-kurangnya 3,419 nyawa di Turkiye manakala 1,559 orang terbunuh di Syria.