Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Pancing ikan di lopak jalan, lelaki bersongkok sindir pemimpin
#luarnegara #protes #jalanlubang #lopakair(VIDEO) Lelaki tikam pramugari, cuba keluar dari pesawat penerbangan AS
(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Mar 7, 2023 12:05 pm . Updated:9:11 pm
KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis menahan seorang lelaki warga emas berumur 65 tahun selepas disyaki merogol seorang nenek dalam satu kejadian di Kabupaten Bekasi, Jawa Barat, semalam.
Difahamkan, suspek yang juga penduduk Desa Sukamuni dicekup oleh keluarga mangsa ketika sedang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Menurut ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Rimah, 55, suspek melakukan perbuatan itu di rumah mangsa yang terletak tidak jauh dari rumah suspek.
Kejadian ini diketahui Rimah, ketika dia pulang dari sawah untuk mengambil padi di rumah mangsa yang berumur 95 tahun.
Sebuah video memaparkan keadaan nenek itu yang uzur turut tular di media sosial serta mengundang simpati warganet yang menyifatkan suspek sebagai binatang dan layak dibalas dengan hukuman berat.
Menurut Rimah, ketika mengetuk pintu rumah mangsa, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri suspek sedang merogol mangsa dari belakang dinding buluh rumah berkenaan.
Rimah berkata, mangsa tinggal bersendirian di rumah itu dan tidak menolak kemungkinan suspek sering melakukan perkara hina itu.
Berang dengan tindakan suspek, Rimah memanggil penduduk lain ke rumah mangsa dan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Setakat ini, pihak polis belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan. - Agensi