Dunia

(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori

Published: Mar 8, 2023 5:54 pm . Updated:10:25 am

KUALA LUMPUR, Mac 8 – Berpantang maut sebelum ajal, itu yang berlaku terhadap seorang penunggang motosikal yang nyaris maut digilis lori di Jalan Raya Desa Sembayat, Kecamatan Manyar, Kabupaten Gresik, Jawa Timur, Indonesia Isnin lalu.

 

Meskipun tiada kematian dalam kemalangan tersebut, tetapi 2 penunggang motosikal dan seorang pemandu lori mengalami kecederaan.

 

 

 

View this post on Instagram

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

 

Ketua Polis Gresik Ipda Wiji Mulyono berkata, kemalangan berantai itu bermula apabila motosikal ditunggang Sutiyono, 38, penduduk Kampung Indro, Daerah Kebomas, sedang dalam perjalanan bersama Yuli Mayasari, 34, penduduk Kampung Suci, Daerah Manyar, bergerak dari utara ke selatan dengan kelajuan sederhana.

 

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal tersebut tiba-tiba terjatuh dan dilanggar lori yang dipandu Sunan Jaka, 30, warga Desa Sukolilo, Kecamatan Sukodari, Kabupaten Lamongan.

 

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu lori tidak sempat mengelak, jadi kemalangan tidak dapat dielakkan,” jelasnya.

 

Tambahnya, kemalangan tersebut tidak berhenti di situ, kerana di belakang lori itu terdapat sebuah lagi motosikal ditunggang oleh Santo dan lori lain yang dipandu oleh Amrozy.

 

“Tiba-tiba lori berkenaan terbabas melanggar motosikal itu sebelum melanggar belakang lori di hadapannya,” katanya.

 

Akibat kemalangan itu, motosikal kedua rosak teruk digilis manakala lori kedua remuk, kerana melanggar bahagian belakang lori di hadapannya.

 

“Tiga mangsa yang cedera segera dibawa ke hospital terdekat,” katanya.