Most Read

Azeem raih emas 100m di Florida

#azeem #pecut #sukan

Jaringan gol jadi tular, pemain 'defend' Kedah tak mahu dibuai pujian

#bolasepak #kedahdarulamanfc #ligasuper #MohdAkmal

JDT lebih baik, tukar pemain punca kalah - Cheng Hoe

#sukan #ligasuper #selangorfc #JDT #tanchenghoe

Kandas suku akhir, Tze Yong gagal ikut jejak langkah Zii Jia

#tzeyong #ziijia #allengland #sukan #badminton

Selepas Tze Yong, giliran Zii Jia mara ke suku akhir All England 2023

#sukan #badminton #leeziijia #ngtzeyong #alleangland

Tak mahu bertahan, Selangor FC ada ramuan elak diratah JDT

#bolasepak #ligasuper #selangorfc #jdt

TMJ tak bosan lihat JDT menang semua piala, akui rasa ketagihan

#sukan #JDT #bolasepak #ligamalaysia #TMJ
Image Credit: Facebook/KDAFC

Sukan

Tersingkir Piala FA, 2 masalah utama Kedah dikesan

Published: Mar 9, 2023 10:00 am . Updated:8:41 pm

KUALA LUMPUR 9 Mac - Aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di laman sendiri nampak masih belum membawa tuah apabila tewas kali kedua dengan Penang FC 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

 

Kekalahan itu juga menyaksikan skuad kendalian Nafuzi Zain tersingkir di pusingan pertama Piala FA.

 

Menerusi perlawanan semalam, dua gol KDA FC dijaringkan Manuel Ott manakala Penang FC pula menerusi pemain import, Giovane Gomez dan Hassan Saad.

 

Sementara itu, beberapa penyokong merasakan tindakan segera memperbaiki pasukan perlu dilakukan selepas aksi perlawanan semalam.

 

Seorang penyokong, Don K-Rul Izham berkata, masalah terbesar KDA FC sekarang adalah di posisi penyerang.

 

"Masalah terbesar Kedah sekarang di posisi penyerang. Peluang dah ada tapi gagal untuk dilakukan dengan lebih baik. Berapa berat masalah penyerang? Sangat berat hingga memberi kesan buruk dan negatif kepada prestasi pasukan," katanya.

 

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Lebai DSM berkata, kekalahan semalam adalah sesuatu yang perlu diterima tetapi kelemahan penyerang utama, Willian Lira perlu dilakukan sesuatu.

 

"Penguasaan bola memang ada pada Kedah tetapi kena tahu juga penyerang nak lorongan bola macam mana oleh pemain lain. Selain itu, Lita juga kena rajin untuk kejar bola dan bukan sekadar tunggu

 

"Kalau tiada penyelesaian juga, cari penyerang baharu yang berjiwa goal poacher," katanya.

 

Selain penyerang, Firdaos Azzahan berkata, satu lagi masalah yang dihadapi adalah penjaga gol, Kalamullah yang dilihat tidak berani menutup ruang dan dilihat berada dalam keadaan terlalu selesa.

 

"Penjaga gol terlampau selesa sebab ada title penjaga gol nombor dua Malaysia tempoh hari di AFF.

 

"Gol kedua itu nampak sangat tak berani nak keluar untuk tutup ruang, sekadar tunggu dan lambai tangan. Penalti pun tak pandai baca sepakan. Nampak tak semangat.

 

"Penjaga gol Penang FC nampak kecil sahaja tapi bersemangat. Bila semangat, pergerakan kita akan jadi lain. Lebih baik Ifwat lagi daripada Kalamullah," katanya. - Xklusif