Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Pancing ikan di lopak jalan, lelaki bersongkok sindir pemimpin
#luarnegara #protes #jalanlubang #lopakair(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Mar 9, 2023 11:00 am . Updated:8:44 pm
KUALA LUMPUR, Mac 9 – Macam dalam filem! Itu gambaran terhadap aksi cemas yang berlaku dalam pesawat penerbangan United Airlines, dari Los Angeles ke Boston, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lelaki cuba menikam pramugari dengan sudu besi, Ahad lalu.
Aksi yang direkodkan penumpang penerbangan tersebut menunjukkan Francisco Severo Torres, 33, yang dikatakan cuba membuka pintu kecemasan, bagaimanapun dihalang oleh atendan penerbangan.
Atendan penerbangan kemudiannya memberitahu kapten pesawat bahawa mereka perlu mendarat secepat mungkin dan percaya Torres adalah ancaman.
Tidak lama selepas itu, Torres didakwa memukul leher seorang pramugari tiga kali dengan sudu besi yang patah namun beberapa penumpang telah menghalang Torres dengan bantuan anak kapal penerbangan lain.
Warga Massachusetts, AS itu telah ditahan selepas pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan di Boston.
Dia turut didakwa cuba menikam seorang pramugari dan membuka pintu kecemasan pada pertengahan penerbangan selain didakwa mengganggu anggota kru penerbangan dan atendan menggunakan senjata berbahaya, menurut siaran berita dari Pejabat Peguam AS di Massachusetts.
Torres memberitahu penyiasat dia mematahkan hujung sudu di tandas sebelum cuba membuka pintu untuk melompat keluar dari pesawat.
Seorang pegawai polis Boston menulis dalam afidavit, bahawa Torres tahu penumpang penerbangan itu akan mati sekiranya dia membuka pintu.
Torres juga berkata dia fikir salah seorang atendan cuba membunuhnya.
Menurut kenyataan Pejabat Peguam AS, Torres berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Sementara itu, United Airlines dalam kenyataannya berkata Torres akan dilarang daripada menaiki sebarang penerbangan syarikat itu, sementara menunggu siasatan.
"Terima kasih kepada tindakan pantas anak kapal dan penumpang kami, lelaki terbabit telah dihalang selepas menjadi ancaman keselamatan dalam penerbangan United 2609 dari Los Angeles ke Boston.
"Kami tidak akan bertoleransi untuk sebarang bentuk keganasan dalam penerbangan kami," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. - Agensi