Most Read
Azeem raih emas 100m di Florida
#azeem #pecut #sukanJaringan gol jadi tular, pemain 'defend' Kedah tak mahu dibuai pujian
#bolasepak #kedahdarulamanfc #ligasuper #MohdAkmalPemain Kelantan United positif, peluang masih terbuka panjat tangga Liga Super
JDT lebih baik, tukar pemain punca kalah - Cheng Hoe
#sukan #ligasuper #selangorfc #JDT #tanchenghoeKandas suku akhir, Tze Yong gagal ikut jejak langkah Zii Jia
#tzeyong #ziijia #allengland #sukan #badmintonSelepas Tze Yong, giliran Zii Jia mara ke suku akhir All England 2023
Tak mahu bertahan, Selangor FC ada ramuan elak diratah JDT
#bolasepak #ligasuper #selangorfc #jdtLawan pasukan belasahan JDT, 'Striker' TFC akui NSFC akan beri saingan sengit
Tersingkir Piala FA, 2 masalah utama Kedah dikesan
Sukan
Published: Mar 13, 2023 11:08 am . Updated:8:42 pm
KUALA LUMPUR 13 Mac - "Seseorang itu tidak boleh boleh letih bila melibatkan kemenangan".
Itu yang ditegaskan pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ditanya sama ada sudah bosan melihat kelabnya memenangi semua piala yang dipertanding dalam Liga Malaysia.
Terdahulu, Tunku Ismail ditemu bual sebuah stesen radio Hot FM oleh bekas Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah JDT.
"Saya rasa seseorang tidak harus penat bila ianya melibatkan kemenangan. Saya ada ketagihan untuk menang dan kami telah cipta pelbagai rekod dan ianya menjadi motivasi buat kami serta ianya adalah pencapaian buat kami.
"Kami akan mencuba untuk melihat sejauh mana JDT boleh bersaing dengan pasukan-pasukan gergasi Asia dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) meskipun kami sedar ianya bukanlah sesuatu yang mudah," katanya dalam temubual itu.
Tunku Ismail juga mendedahkan sejak dia memulakan projek JDT pada 2013, dia hanya mula berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan pada 2020 kerana pemain sudah mula bermain dengan filosofi yang ditetapkan oleh kelab.
"Projek JDT bermula sejak 2013 tetapi saya mula berpuas hati sejak musim 2020 apabila kami dapat terapkan falsafah bola sepak yang dimahukan dan pemain mula faham iaitu bermain dengan cara kawalan bola atau possession football tambahnya.
Sejak diterajui TMJ, JDT sudah memenangi 22 piala domestik dan satu Piala AFC yang berprestij dengan musim 2022 adalah tahun yang paling gemilang buat Harimau Selatan apabila berjaya memenangi kejuaraan Quadruple dengan menyapu bersih Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
JDT juga kini dalam prestasi yang cemerlang di permulaan musim 2023 apabila mencatatkan empat kemenangan berturut-turut dengan menjaringkan 17 gol dengan hanya satu bolos untuk unggul di tangga teratas Liga Super. - Xklusif