Most Read
Rais Yasin masih Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu - Ahmad Zahid
#politik #umno #ahmadzahidhamidi #raisyasinKak Ijat kembali dalam UMNO, dilantik ahli MKT
Hajat Pejuang tak kesampaian, permohonan sertai PN ditolak
UMNO perlu main naratif ingin berubah selepas dilanda penyakit kronik
Keputusan Pemilihan UMNO kukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan - Anwar
#anwaribrahim #politik #pemilihanumno #kerajaanJawatan peringkat bahagian, MKT UMNO dilanjut tempoh 5 tahun – Ahmad Maslan
UMNO alami perubahan, 54 muka baharu dipilih Ketua Bahagian
#umno #politik #pemilihanumno #perubahan #ketuabahagianFakhruddin Ariff dipilih Ketua UMNO Bahagian Pekan
Wan Rosdy, Khaled, Johari menang jawatan Naib Presiden UMNO
#politik #umno #wanrosdy #joharighani #khalednordinMenang tanpa bertanding, Ahmad Zahid kekal Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk
#ahmadzahid #umno #pemilihanumno #presidenumnoPolitik
Published: Mar 13, 2023 2:39 pm . Updated:2:15 pm
Azrul Radi dan Nur Lela Zulkipli
KUALA LUMPUR 13 Mac - Pemilihan UMNO pusat membuka tirainya pada Sabtu lalu yang menyaksikan beberapa keputusan yang tidak dijangka.
Menerusi keputusan di peringkat Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad berjaya mempertahankan kedudukannya yang dicabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil manakala Norliza Abdul Rahim turut mempertahankan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita.
Untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pula, Dr Muhamad Akmal Salleh menang selesa dengan 119 undi setakat ini berbanding 50 undi diraih pencabar terdekatnya, Mohd Shahar Abdullah.
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berjaya memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO dan Naib Ketua sayap itu adalah Siti Sokhleha Nordin
Kemenangan Dr Akmal dijangka
Dr Akmal menang dengan jumlah undi yang besar dan kejayaan itu juga sebenarnya sudah dijangka.
Ini kerana, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau itu memang cukup dikenali dalam kalangan perwakilan dan ahli parti sebagai seorang yang bekerja keras.
Bukan sahaja lantang dalam menyuarakan pendapat dan membangkitkan masalah rakyat, Dr Akmal juga sangat aktif dalam kerja-kerja kebajikan.
Apatah lagi dengan usia yang masih muda iaitu 35 tahun, kemenangannya juga membuktikan yang perwakilan mahu giliran orang muda pula untuk membawa perubahan dalam UMNO.
Siapa Nurul Amal?
Boleh dikatakan kemenangan Nurul Amal atau lebih dikenali sebagai Along, adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana beberapa nama lain yang dirasakan akan menjawat jawatan Ketua Puteri.
Nama yang dijangkakan menang pada mulanya ialah Dr Masliha Harun dan Datuk Khaidirah Abu Zahar kerana kedua-duanya lebih dikenali berbanding Along.
Apatah lagi Along juga tidak begitu menonjol di media sosial sekali gus menjadikan namanya sedikit ke belakang berbanding dua lagi calon.
Namun, perwakilan lebih mengenali siapa yang Along dan kemenangannya juga ibarat menunjukkan bahawa ahli mahu kepimpinan sayap parti diterajui bakat muda serta pemimpin progresif yang lebih komited untuk bekerja berbanding sekadar hujah retorik.
Noraini calon tiada pilihan
Saingan sengit sebenarnya membabitkan jawatan Ketua Wanita UMNO yang akhirnya dimenangani oleh Datuk Dr. Noraini Ahmad sekali gus menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Kemunculan Sharizat untuk bertanding dalam pemilihan kali ini sebenarnya memberi tempias besar kepada Noraini apatah lagi sosok wanita itu yang mengangkatnya dalam UMNO sebelum ini.
Namun, Shahrizat pula masih lagi dibelenggu dengan kontroversi NFC walaupun sudah 11 tahun kes itu berlalu.
Noraini pula merupakan pemimpin yang masih bersih namun disebabkan sangat pasif dalam kepimpinan dan tidak sehebat Sharizat.
Keputusan perwakilan membuktikan yang mereka sebenarnya tiada pilihan dan memilih Noraini untuk mengurangkan kritikan terhadap parti jika Shahrizat dipilih. - Xklusif