Most Read
40 maut dalam kebakaran di Depoh tahanan Imigresen Mexico
#kebakaran #tragedi #mexico184 Rohingya dalam perjalanan ke Malaysia
#rohingya #aceh #malaysia20 jemaah umrah maut, puluhan cedera nahas bas di Arab Saudi
#dunia #bas #kemalangan(Video) Enam parah, kubah masjid roboh ketika solat tarawikh
#dunia #masjid #amGadis 14 tahun dibunuh 'boyfriend', kepala dihentak, cekik, sebelum ditanam di dapur
(VIDEO) Selepas lebih 34 tahun dipenjarakan, lelaki didapati tidak bersalah
(VIDEO) Lelaki tikam pramugari, cuba keluar dari pesawat penerbangan AS
(VIDEO) Pantang maut sebelum ajal, lelaki terselamat dihimpit dua lori
#benua #kemalangan #selamatDunia
Published: Mar 13, 2023 6:52 pm . Updated:1:17 am
KUALA LUMPUR 13 Mac - Bengang deengan sikap pemerintah yang tidak menjalankan tanggungjawab, beberapa kumpulan lelaki melakukan satu demonstrasi aman dengan cara tersendiri di tepi jalan Mangunan, Bantul, Indonesia.
Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, lelaki berkenaan dilihat duduk di sebuah kerusi di tepi jalan dengan mengenakan pakaian seperti seorang pemimpin.
Lelaki itu mengenakan songkok, memakai sut sambil menjinjing beg yang selalu dibawa pemimpin di Indonesia.
Kemudian, lelaki itu mengeluarkan joran sebelum beraksi seperti sedang memancing di tepi lopak jalan yang dipenuhi air.
Lopak air itu juga terlalu besar hingga boleh mencederakan pengguna jalan raya.
Tindakan itu dipercayai hendak menyindir pemimpin yang lambat bertindak menyelesaikan masalah terutamanya berkaitan keselamatan rakyat.
Sementara itu, ruangan komen juga menganggap tindakan kumpulan itu sebagai satu cara kreatif untuk menyindir pemimpin yang tidak melakukan tanggungjawab mereka. - Agensi